Entropay merupakan salah satu platform online yang membenarkan pengguna mencipta VCC (Virtual Credit Card). Paypal pula merupakan platform untuk melakukan bayaran secara online. Namun begitu, pengguna Paypal perlu melakukan verifikasi akaun serta perlu menghubungkan kad kredit untuk menggunakan Paypal tanpa limitasi. Perkara ini sangat penting terutamanya untuk penjual tegar online yang menggunakan PayPal.
Kelebihan Entropay yang membenarkan pengguna mencipta VCC memberikan pilihan untuk melakukan verifikasi paypal menggunakan platform tersebut. Teknik ini biasanya digunakan pengguna paypal yang mahu stealth akaun mereka. Berikut ialah sedikit info tentang VCC yang akan dicipta melalui Entropay:
- Kad Debit bejenis Visa
- Tempoh Expired setahun daripada tarikh dicipta
- Mesti ditopup (Debit Card) minimum USD5
- Boleh letak apa-apa nama pada VCC
Pengguna boleh mendaftar secara percuma di laman web Entropay serta melakukan verifikasi email. Untuk mencipta VCC, anda perlu menghubungkan kad credit atau kad debit anda. Minimun amaun yang perlu topup ke kad ialah USD5.
Setelah mencipta kad, anda boleh menggunakn nombor kad VCC untuk dihubungkan di PayPal. Perlu diingatkan nombor kod verifikasi paypal memerlukan beberapa jam untuk muncul di statement VCC anda. Setelah mendapat nombor verifkasi Paypal, jumlah yang digunakan untuk verifkasi akan dimasukkan semula ke VCC Entropay.
Persoalan yang selalu muncul ialah, adakah verifikasi paypal menggunakan VCC selamat. Jawapan berdasarkan pengalaman saya ialah, selamat untuk digunakan selagi anda tidak melakukan fraud activiti melalui akaun PayPal. Selamat mencuba.
Hafiz says
Entropay masih boleh guna ke utk verifikasi PP? Bro guna akaun EUR, GBP atau USD ?
Khairul Zamri says
Pertama kali dengar tentang vcc entropay ini. Terima kasih tuan
Khairul Zamri recently posted…Pengalaman Berhutang Kad Kredit
Satu Gadget says
terbaik juga entropay… beza ape ye dgn ali pay?
Khirol Hazwan says
Entropay digunakan untuk mencipta Virtual Kredit Kad
Khirol Hazwan recently posted…Pakar SEO Malaysia 2017
bisesa says
memang lebih simple sekarang nih menggunakan duit digital,,
bisesa recently posted…Cara Sederhana Merawat Lantai Kayu