Pelbagai mitos tentang keusahawanan yang masih menguasai pemikiran,mentality masyarakat kita.Perkongsian kali ini Kha cuba huraikan ikut pandangan serta pemikiran Kha tentang 10 mitos tentang keusahawanan.
Mitos 1: Keusahawanan Secara Semulajadi
Pada pandangan Kha sesiapa yang masih berfikiran sebegini ialah orang yang tak nak berubah dalam hidup. Maknanya disini ialah jika jika dia dilahirkan sebagai A memang A lah seumur hidup dia.
Mana mungkin keusahawan itu ditetapkan untuk seseorang insan terpilih sahaja. Keusahawanan itu perlu dicipta & disemai dalam jiwa pemikiran seseorang manusia.
Mitos 2: Keusahawan Untuk Pelaku Bukan Pemikir
Kelebihan manusia dicipta berlainan daripada segala makhluk lain ialah mempunyai akal fikiran. Keusahawanan yang hanya tindakan tanpa fikiran ialah satu bala besar dalam bisnes.
Bagi Kha keusahawanan itu ialah pelaku yang menjadi pemikir.
Mitos 3: Keusahawanan Hanyalah Untuk Pencipta Sesuatu Yang Baru
Perlukan usahawan itu sentiasa mencipta sesuatu yang baru? Produk baru?Mungkin ada juga benar tentang mitos ini,namun begitu kenapa perlu sandarkan tugasan berat mencipta sesuatu yang baru menjadi penghalang untuk bergelar usahawan.
Peluang banyak wujud dipersekitaran kita. Mungkin kita lupa peluang yang ada itu kerana hanya tumpukan untuk sesuatu yang baru.
Fikir-fikirkan..
Mitos 4: Keusahawan Ialah untuk yang terpelajar sahaja.
Bisnes itu tiada border yang membezakan anda itu terpelajar,lepasan universiti dengan segulung ijazah dengan hanya lepasan SPM.
Dimana Ada Kemahuan Disitu Ada Jalan
Ramai kisah usahawan yang berjaya bukannya berpendidikan tinggi. Jadikan semua itu inspirasi kita untuk menjadi usahawan.
Mitos 5: Keusahawanan Mesti Kena Dengan Profil seseorang itu
Keusahawan perlu ikut profil fizikal serta faktor demografi sangatlah berfikiran sempit. Tidak semestinya kita hanya boleh buat apa yang kita ada sahaja.
Contohnya apa salahnya usahawan itu memulakan perniagaan ala KFC atau McD.Jelas sekali kita bukannya asalnya makan makanan sebegitu tetapi bukan menjadi faktor untuk menhalang kita dari mencuba. Kengkangan profil diri bukannya menjadi penghalang.
Mitos 6 : Keusahawanan Perlukan Duit Segalanya
Mengapa kita perlu jadikan alasan tiada duit untuk tidak menjadi usahawan. Ya betul tanpa duit,kita tidak akan dapat mulakan bisnes. Namun begitu kenapa tidak mencari alternatif mencari sumber duit modal.
Pinjaman bank mungkin boleh dibuat jika kita ada usaha ke arah itu. Jika hanya angan kosong mana mungkin akan dapat.
Mitos 7: Keusahawanan Perlukan Nasib Segalanya
Perkara ini bagi Kha paling mengarut. Bisnes itu perlu ada luck baru boleh berkembang atau maju adalah sangat salah.
Perlu ingat bahawa nasib itu hanya 1% usaha=usahawan itu lebih penting!
Mitos 8 : Keusahwanan itu Tidak Berstruktur Serta Cincai
Jika anda anggap usahwan itu hanya kerja remeh,maka tidak akan berjayalah anda dalam perluang bisnes.Hal ini kerana,tanpa perancangn strategy yang baik,serta struktur pengurusan yang betul maka ranaplah sesuatu bisnes itu.
Mitos 9: Keusahawanan itu sentiasa bermula Dengan kegagalan!
Gagal itu memang menjadi lumrah dalam hidup ini. Tiada yang hanya berjaya dalam hidup ini. Kenapa perlu takut akan kegagalan. Perlu ingat ingat kegagalan itu ialah langkah pertama kearah kejayaan besar
Mitos 10 : Keusahawan itu Ialah Untuk Si Berani Mengambil Risiko Sahaja
Risiko ada dimana-mana.Oleh itu kenapa kita perlukan ILMU untuk kurangkan risiko. Jangan sempitkan pemikiran untuk takut mengambil risiko dalam bisnes.
Sekian dulu dari KHA..
Farina Al-Khareid says
nk menjadi usahawan yang berjaya bukan mudah, perlukan banyak usaha dan kerja untuk berjaya. banyak ujian yang perlu ditempuh oleh usahawan. kita perlu banyak bersabar dan bijak menangani masalah tersebuat, kita boleh mnghadiri seminar untuk mengetahui keusahawanan ini. saya telah membuat keusahawanan produk shaklee.
Farina Al-Khareid recently posted…Ovari kena buang sebab Shaklee??
Azlia says
Sekarang ni lebih mudah kerana banyak sifu yang boleh mengajar dan boleh pandai dengan cepat.
Azlia recently posted…Anda Sihat, Poket Sihat