Dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar pada masa ini, pendidikan kewangan kian menjadi satu keperluan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Kesedaran ini dapat dilihat melalui pelbagai inisiatif untuk mengamalkan gaya hidup yang berjimat cermat. Namun begitu, perkara yang lebih menimbulkan kebimbangan adalah apabila memikirkan tentang generasi masa hadapan iaitu anak-anak kita kelak.
Persediaan awal dari aspek pengurusan kewangan perlu dititikberatkan, melihatkan keadaan segelintir anak-anak yang bersikap acuh tidak acuh dalam berbelanja. Ketidakprihatinan terhadap sumber wang sentiasa menjurus kepada penggunaan wang secara berlebihan.Dengan memfokuskan pada kanak-kanak yang masih kecil, eloklah kiranya kita sebagai ibu bapa memberi pendedahan awal kepada mereka mengenai kepentingan pengurusan wang yang lebih efektif dan efisyen.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, kesedaran mengenai pengurusan kewangan ini bukan sahaja perlu ada pada ibu bapa, malahan juga disemai dalam diri anak-anak seawal usia hijau lagi. Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memupuk sifat suka menabung. Lebih daripada itu, ibu bapa disaran untuk menerangkan dengan jelas tentang sumber kewangan yang mereka peroleh.
Ini amat penting kerana kita tidak mahu anak-anak beranggapan bahawa mereka boleh mendapat wang daripada ibu bapa bilamana mereka memerlukannya. Bagaimana pula dengan kemungkinan yang akan berlaku sekiranya ibu bapa mereka sudah tiada? Mereka perlu diajar untuk berdikari dan tidak hanya mengharapkan wang dari ibu bapa semata-mata. Lebih parah lagi dalam sesetengah keadaan, ada anak-anak yang sudah berani mencuri wang ibu bapa atau adik beradik demi mencapai keinginan mereka.
Menyedari tentang masalah itu, pihak MyCEO (Malaysia Children Entrepreneurship Orientation Program) telah melancarkan satu produk pendidikan kewangan iaitu KIT BIJAK MENABUNG untuk menjadikan aktiviti menabung lebih menyeronokkan untuk anak-anak. Kit Bijak Menabung ini bukan sahaja menggalakkan anak-anak menyimpan wang malahan mendidik anak-anak untuk menjana wang sendiri, atas usaha sendiri.
Apabila mereka sendiri mendalami dan memahami kepayahan mencari duit, mereka seharusnya akan lebih menghargai wang. Didatangkan dengan tiga tabung berkonsepkan Simpan, Belanja dan Sedekah, kit ini juga mengandungi Buku Seronoknya Menabung, Buku Matlamat, Buku Bajet, Buku Rekod Duit Saya, Carta Upah Magnetik dan stiker, berserta buku panduan ibu bapa.
Seandainya dari kecil ibu bapa sudah mendidik anak-anak tentang kelebihan menabung, tabiat suka menabung itu akan sebati dalam jiwa dan diri mereka apabila sudah dewasa. Proses pembentukan anak-anak ini seharusnya dibantu oleh ibu bapa sendiri tanpa terlalu bergantung pada guru-guru atau pengasuh.
Apa yang paling penting ibu bapa harus bijak merancang bagi memastikan anak-anak berdisiplin dan konsisten dalam menyimpan. Sebagai contoh, anak-anak ini selalunya sukakan persaingan. Justeru, tidak salah sekiranya mereka bersaing secara sihat antara adik beradik untuk menyimpan wang. Ibu bapa boleh memupuk sikap ini dengan menetapkan satu matlamat simpanan untuk sebulan. Kemudian, siapa yang paling cepat mencapai matlamat tersebut akan diberikan duit tambahan untuk simpanan.
Anak-anak yang masih kecil ini lazimnya akan lebih faham benda yang dapat mereka lihat di depan mata. Apabila ibu bapa mengatakan menyimpan duit untuk masa depan atau untuk masuk universiti, pernyataan ini lebih sukar dihadam oleh anak-anak, terutamanya anak-anak yang masih kecil.
Langkah yang lebih mudah adalah dengan membawa anak-anak ke pasaraya. Apabila pulang ke rumah tanyakan pada mereka apa yang mereka inginkan. Catatkan impian atau keinginan mereka di dalam buku matlamat. Misalnya, anak anda mahu membeli kereta kawalan jauh. Terangkan pada mereka apabila duit dalam Tabung Belanja sudah banyak, dia boleh membeli permainan tersebut. Kerap ulangi sehingga anak anda faham.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan atau mengetahui lebih lanjut tentang Kit Bijak Menabung boleh hubungi talian di bawah.
INFO
- Alamat: No 27-1, Block , Bistari De Kota, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
- Telefon: 03-61516555 / 012-4220677 Fax: 03-27262666
- FB: MYCEO-Malaysia Children Entrepreneurship Orientation Program
- IG: myceo2015
- Emel: myceo2015@gmail.com
- Laman web: www.myceo.com.my
Baju kurung moden blouse jubah nursing says
Kena jadikan budaya menabung baru tak kekok menyimpan bila menabung…
Belajar Membaca says
Wow..idea yang menarik, memang kita perlu memandang serius usaha meningkatkan skil menabung dalam kalangan anak-anak kita..
Azwan says
Menarik juga ada benda macam ni. Nampak macam game pun ada. Sesuai lah untuk kanak-kanak, belajar sambil bermain. Kalau tak dari kecil dibiasakan dah besar nanti liat nak menabung.
Azwan recently posted…Panduan Buka Akaun SSPN-i online untuk memudahkan anak mendapat pinjaman PTPTN.
sabree hussin says
Bagus juga idea ni. Belajar melalui praktikal. Selalunya kanak-kanak umur berapa sesuai untuk diberi pendedahan tentang kewangan ni ye?
sabree hussin recently posted…Jana Pendapatan Sampingan dan Pasif dengan Mobicow
Jobkartel says
Melentur buluh bairlah dari rebungnya, untuk ekonomi sekarang yang semakin mendesak ibu bapa perlu mengajar anak-anak cara pengurusan wang yang baik. Harini kita dapat lihat walaupun usianya sudah dewasa masih lemah dalam pengurusan wang mereka.
Duit Tambahan says
Memang bagus ajar anak dari usia muda, Kita orang dewasa pun kadang2 juga lemah dalam pengurusan kewangan, Jadi cari & belajar ilmu pengurusan kewangan tu perlu di kuasai.
Jangan lupa amalan bersedekah & ajar juga anak bersedekah. Ini janji Allah, siapa yang bersedekah Allah akan ganti dengan lebih banyak. 🙂
Khairul Zamri says
Kena sediakan tabung yang susah nak korek duit tabung tu barulah tak selalu bocor tabung simpanan
Khairul Zamri recently posted…Glory Beach Resort – Resort Terunggul di Port Dickson
Juni says
Nice post..
selain menabung coba anak juga di kenalkan macam2 investasi..
saat ini menabung yang paling menguntungkan adalah investasi.
Juni recently posted…Cara Mendapatkan Info Rumah Subsidi Murah