Memulakan bisnes di eBay bukanlah sesusah yang disangka.Cuma apabila kita tiada panduan dan bimbingan,menyebabkan diri kita serba tak yakin dan takut untuk terlibat dengan bisnes di portal eBay.Baiklah kali ini,KHA anggap pembaca entri ini ingin memulakan bisnes eBay & tahu sedikit tentang apa itu laman beli-belah maya eBay.Seterusnya,KHA anggap anda berminat menjadi SELLER di eBay!
Sebenarnya ada tiga perkara sahaja yang anda perlu ada sebelum mula berbisnes di eBay.Secara ringkasnya tiga perkara itu ialah
- Ilmu
- Duit
- Semangat
Mari kita mula berbicara lebih detail tentang tiga perkara ini.
1.ILMU
Laman jual beli belah eBay mempunyai banyak perkara yang anda perlu pelajari.Bukan terlalu susah untuk pelajari semuanya.Oleh itu sumber anda untuk mendapat ILMU ialah melalui 2 cara yang utama,MEMBACA & PERSONAL COACHING(PC) dari sifu-sifu eBay.
Membaca merupakan cara yang lebih jimat & percuma untuk pelajari ILMU eBay.Paling KHA cadangkan ialah dapatkan eBook Sifu-Lan iaitu Panduan Teknik Rahsia eBay!Anda perlu keluarkan duit sedikit untuk membeli buku itu,tetapi hasilnya sangat bernilai.Seterusnya anda boleh sertai forum di WangCyber dan baca thread berkenaan eBay di sana!Seterusnya anda boleh membca blog-blog seperti blog Matzis,serta blog Oh! Duit ini!
Seterusnya ialah melaui PC.Anda boleh cuba sertai PC daripada sifu-sifu eBay seperti Noorizam Shah, Sifu-Lan,dan sebagainya.Anda mungkin perlu bayar lebih untuk PC,tetapi ILMU hasilnya adalah sangat bernilai.Malah anda akan dapat tips secara langsung dari sifu-sifu eBay.
2.DUIT
Perkara seterusnya ialah duit.Duit anda perlukan untuk modal bisnes eBay anda.Tetapi yang pasti anda tak perlukan modal beribu-ribu,malah berpuluh-puluh ribu untuk mula bisnes di eBay di tahap permulaan.Cukup modal untuk anda buat Debit Card/Credit card serta modal untuk listing(iklankan) barang sahaja.
Berbicara tentang Debit Card,sekarang ini sudah semakin banyak debit card yang oleh anda guna untuk PayPal & eBay.Berikut ialah short-list kad tersebut:
- Public Bank Pay2Day
- Public Bank Visa Electron
- Maybank Visa Debit
- Tune Card
Ada lagi kad-kad lain,tetapi yang Kha listkan tadi ialah yang most common untuk anda guna. Secara ringkasnya,tanpa DUIT mustahil anda nak buat DUIT.. 🙂
3.SEMANGAT
Perkara ini paling penting sekali.Jika serius nak berbisnes,jangan buat separuh-separuh sahaja,atau peribahasa melayu menyebutkan ‘Hangat-hangat Tahi Ayam’ sahaja.Bisnes pasti ada untung rugi.Jika anda menghadapi kerugian anggap itu sebagai cabaran dalam bisnes.Pasti ada hikmahnya!
Serta paling penting sekali berbisnes perlu dengan hikmah.Jika berbisnes dengan berhikmah anda pasti mendapat balasan yang baik didunia & akhirat kelak.Jangan tak bayar fee, jangan dengki,jangan jadi penjual yang dapat duit terus hilangkan diri,jangan menipu pembeli dan sebagainya.
Jadi anda anda telah bersedia untuk memulakan bisnes di eBay?
Eka Sukmana says
saya dah pernah bisnis ebay melalui Mas Dino tapi saya lagi disuspend ,harus ada rekomendasi kartu kredit dari bank bagaimana caranya? Terimakasih
enkha says
Kalau akaun kena suspend sebaiknya buat sahaja yang akaun yang baru..kad kredit baru,email baru,nama baru..
wan9 says
aku xtau pasal paypal.. nk buat master card debit free ke bro?
enkha says
Kebanyakan free..paling senang kalau dah ada akaun Maybank boleh apply Maybank Visa Debit card atau kalau ada akaun Public Bank boleh apply P2day Debit Card.
wan9 says
kalo aku nk buat bisnes ebay.. boleh ke pakai visa debit card?
enkha says
Kena tengok bank juga..ada yang yang tak boleh guna-ada yang boleh guna..Public Bank Visa Debit Card memang boleh guna,Maybank Visa pun boleh guna..
wan9 says
kalo gitu baik aku guna maybank visa card.. berapa caj dikenakan kalo ambik card nie?
enkha says
Kalau dah ada akaun Maybank rasanya percuma ambil Maybank Visa Debit Card (yg gambar ceri tu). Kalau belum ada akaun Maybank kena buka akaun dulu,rasanya dalam RM250..
wan9 says
aku da ada.. oh.. senang skit.. thnx bro.. duit dari paypal nak masuk ke bank malaysia makan masa berapa hari?
enkha says
Dalam 3-4 hari ja..:)
wan9 says
ade yg bgtau kalo guna visa maybank, x boleh digunakan untuk transaksi di internet… btol ke?
enkha says
Boleh ja..dah ada maybank,gunalah maybank2u..
wan9 says
aku baru ja buat maybank visa card.. alhamdulillah.. cuma aku ada error plak masa nk dftar paypal.. xsalah aku masa nk buat 4 kod tu… aduh x paham aku.. mcmana ekh?
enkha says
Boleh try panduan percuma ini untuk buka PayPal..
Team Terabiz says
first dapatkan akaun paypal dan verified lepas tu cari VCC untuk verified akaun ebay dan mula list barang di ebay 🙂
anda boleh lihat blog saya, saya ada jual panduan research di ebay
abdull says
..saya nak tanya, kalau nak bisnes dengan ebay ni nak kena ada website sendiri ke? ataupun ada cara lain..
en.KHA says
Tak perlu website sendiri..berjual di website eBay!
azim says
Salam,
nak tanya,boleh tak bawa trafik dari luar ke laman jualan ebay kita?
ebay benarkan tak?
Lawrence Maidek says
Halo kawan.. Ble tanya x, sa dah ada akaun di maybank tapi bukan debit card. Master card jak. Ble gna ka 2. Then, sa br buat akaun paypal n akaun ebay. Tpi still x produk dan paling penting sa x tau camna nak running bisnes.. Ble bg pencerahan skit x kawan. Thank you
Khirol Hazwan says
Boleh beli panduan eBay ini untuk tambahkan ilmu di dada 🙂
http://www.ohduit.com/panduan-rempit-ebay-versi-2-semakin-hangat/
yus says
Saya minat bisnes,dalam bidang electrical tapi selalu kene tipu bab payment ,keje langsai payment sangkut..apa cara terbaek ?
Khirol Hazwan says
Kalau macam itu, kena ada agreement bertulis macam quotation untuk job, so in futher, boleh fight payment guna agreement tersebut
Khirol Hazwan recently posted…Pelaburan Masa Depan
Nor Hairul says
Kenapa bila saya nak listing, dia minta saya updated information. Tp bila sya try untuk updated kenapa dia buffering shj. Dah seharian try dah.
aufa says
nak tanya kalau nk mula niaga dengan ebay pakai personal ke bisnes akaun ? tq