Anda sebagai penjual akan mendapat 5 Star DSR untuk Shipping and Handling Charges secara automatik jika menawarkan penghantaran percuma. Polisi ini telah pun bermula sejak 24 Ogos yang lepas! Berita ini mungkin akan mengubah strategi jualan anda dengan menawarkan free shipping disamping kelebihan lain seperti Best Match dan sebagainya.
Beberapa perkara yang anda harus patuhi sebelum mendapat 5 Bintang DSR ini. Syarat-syaratnya ialah:
-
Barangan yang dijual mestilah menawarkan option penghantaran percuma!
-
Pembeli mesti memilih option free shipping sewaktu pembayaran
-
Penjual mestilah menawarkan cara pembayaran yang disahkan oleh eBay seperti PayPal serta menggunakan eBay Checkout. Pergunaan checkouts pihak ketiga juga boleh diterima asalkan eBay mendapat maklumat lengkap tentang tiada bayaran untuk shipping!
Pendapat Kha tentang perkara ini ialah, berbaloi free shipping untuk barangan murah. Tetapi jika barangan mahal pasti anda berasa kerugian kerana fee yang dikenakan eBay agak mahal. Perlu ingat FVF ialah berdasarkan harga jualan tak termasuk kos penghantaran!
Sekian dulu 🙂
Facebook Comments