Semakin ramai rakyat Malaysia sudah mula menulis blog sebagai medium untuk menyampaikan maklumat, luahan hati serta menjana pendapatan internet melalui blog. Semakin hari semakin banyak blog berkualiti muncul di internet, mengejar popularity untuk menjadi blog terbaik Malaysia. Namun begitu apakah yang diperlukan untuk menjadi salah satu blog terbaik Malaysia?
Blog Terbaik Malaysia Kontent & Penulisan Berkualiti
Untuk menjadi salah satu blog terbaik Malaysia, content blog haruslah berkualiti. Berkualiti yang dimaksudkan ialah, content blog yang original serta berinformasi kepada pembaca.
Pembaca melayari sesuatu laman blog untuk membaca maklumat yang diigini, bukannya membaca maklumat yang pernah dibaca sebelum ini. Jangan buat pembaca blog anda rasa “ Eh, macam pernah baca sahaja ni”.
Blog terbaik Malaysia biasanya mempunyai content mengikut niche blog. Ada pendapat mengatakan, blog yang ditulis mengikut niche atau topic tertentu akan lebih mudah untuk maju. Jadi jika nak jadi blog terbaik jangan buat ‘rojak’ isi kandungan blog anda!
Kontent yang berkualiti juga harus kaya dengan pelbagai media seperti gambar dan video. Barulah pembaca seronok membaca dan barulah boleh menjadi blog terbaik Malaysia!
Penulisan berkualiti pula bergantung kepada genre blog anda. Tetapi jika anda perasan beberapa blog , semuanya menggunakan gaya penulisan yang mengikut tatabahasa yang betul. Jangan tulis guna perkataan yang susah pembaca nak faham.
Jika anda ada style atau gaya penulisan tersendiri, anda boleh teruskan! Apa yang penting, pembaca blog anda boleh terima gaya penulisan blog anda.
Blog Terbaik Malaysia Guna Bahasa Melayu atau English?
Duduk kat Malaysia ni untung sebab rakyatnya boleh faham pelbagai bahasa. Jadi jika merancang nak jadikan blog anda blog terbaik, penulisan boleh dalam bahasa Melayu dan English. Jika target Malaysia sahaja, boleh limitkan kepada bahasa Melayu sahaja. Namun jika inginkan traffic satu dunia, boleh guna bahasa English.
Blog Terbaik Malaysia Pentingkan Elemen SEO & Social Media
Blog terbaik Malaysia kena memastikan ciri SEO blog dimasukkan dalam elemen blog. SEO penting untuk mendapatkan trafik organic dari engine carian. Pasti satu kerugian jika elemen SEO ini disingkirkan dalam ciri blog terbaik Malaysia.
Social media juga memberikan pengaruh terhadap sesuatu jenama blog. Semua blog terbaik Malaysia menjadikan social media sebagai medium untuk memastikan pembaca blog sentiasa mengikut perkembangan terbaru blog anda.
Kesimpulan Saya tentang Blog Terbaik Malaysia
Anda semua yang menulis blog layak menjadi “Blog Terbaik Malaysia”. Apa yang penting berbloglah secara baik dan carilah kawan sebanyak yang boleh dalam arena blog ini.
Alongxp says
betul… blog yang copypaste bukan orang suka sangat nak baca, apatah lagi nak follow, orang nakkan keunikkan.
blog saya terlalu jauh lagi nak jadi blog terbaik malaysia
Khirol Hazwan says
Setiap blog unik dan terbaik dari sudut tersendiri. Teruskan menulis blog 🙂
Hasrul Hassan says
Banyak dah blog dapat pengiktirafan sebagai blog terbaik di Malaysia ni .. 🙂
reezluv says
memang betul, kalau dulu takde social media, memang susah sikit, disebabkan google pun dah ambil kira social media, memang kena dari pelbagai sumber nampaknya
Datin Tyka says
semua blogger adalah yang terbaik. kan kan kan
Khirol Hazwan says
Betul-betul 🙂