Akibat kesibukan persiapan nak menyambut Hari Raya Aidilfitri , anda terlupa satu benda yang kecil tapi penting. Duit raya sudah ditukar, tetapi anda lupa pula pasal sampul duit raya. Sampul duit raya tidak mencukupi, sebab banyak sampul duit nak beri kepada anak sedara. Jadi anda perlukan plan B, untuk buat sendiri sampul duit Raya DIY. Jadi boleh cuba cara sampul duit Raya berikut:
Cara Buat Sampul Duit Raya DIY
Sebelum bermula, anda perlu bersedia dengan empat benda ini iaitu:
- Kertas A4
- Pencetak Berwarna
- Gunting
- Gam atupun double sided tape
Seterusnya anda perlu muat turun template sampul duit raya:
Muat turun :
Selepas anda download template sampul duit raya, bolehlah terus print guna printer warna. Kalau nak sampul cantik boleh guna kertas A4 yang tebal >80gsm.
Kemudiannya potong sampul duit raya raya ikut garisan yang dibuat. Kalau nak sampul jadi cantik, potong kemas-kemas pakai pisau ataupun gunting tajam.
Selepas potong, buat lipatan pada sampul duit raya ikut arah yang betul.
Letakkan gam ataupun double sided tape pada sampul duit raya anda
Anda boleh lipat sampul duit raya dan siap
Contoh sampul duit raya yang telah siap.
Jangan lupa untuk kongsikan bersama rakan-rakan tentang cara buat sampul duit raya ini . Sepenuh kredit diberikan kepada designer template iaitu In My Studio
mrhanafi says
cantik pulak…
walaupun buat sendiri.
satu pembaharuan yang boleh diterima pakai..
mrhanafi recently posted…Pengalaman Naik Twin Otter Ke Mukah
Khirol Hazwan says
lain daripada yang lain bro
Khirol Hazwan recently posted…Pakej Fotografi Perkahwinan Servis Terbaik
Tinsyaz says
Terbaik! Walaupun post ni dah lama, tapi sampai 2022 still membantu
Khirol Hazwan says
DIY tetap relevan