Pokemon Go jadi kegilaan minggu ini apabila dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Hampir penuh feed di Social Media dipenuhi dengan hasil tangkapan Pokemon masing-masing. Sesuailah dengan tagline Gotta Catch ‘Em All. Namun begitu, aplikasi Pokemon Go ini sangatlah cepat menghabiskan bateri telefon. Oleh itu, mari cuba cara ini untuk jimatkan bateri ketika bermain Pokemon Go.
1# Pokemon Go Battery Saver Mode
Untuk hidupkan fungsi Pokemon Go Battery Saver Mode, buka dulu aplikasi Pokemon Go. Pergi ke bahagian atas kanan screen aplikasi untuk ke setting. Tandakan tick untuk Battery Saver Mode. Tutup musik, vibration dan Sound Effect juga akan dapat menjimatkan batteri telefon anda.
2# Offline Map
Pokemon Go pakai Google Map untuk sistem pemetaan dia. So, pergi ke aplikasi Google Map & donwload map offline kawasan sekitar anda mencari Pokemon. Caranya, buka Google Map, Setting, Offline Area, tekan simbol “+” dan download map.
3# Powerbank
Tiada cara lain melainkan anda stanby ja powerbank banyak-banyak. Lagi banyak lagi bagus, sebab anda akan sentiasa berada di luar untuk cari Pokemon.
jejen nai says
makin asik nih maen pokemon go nya
Perkhidmatan mengecat Rumah says
Bagi aku cara nak jimat bateri tak yah la main game tu.. letal dalam mood standbye ja.. kan ka mudah…
Perkhidmatan mengecat Rumah recently posted…Tips Memilih Warna Cat Untuk Rumah
Rani Pantun says
Saya selalu sediakan powerbank…