Ergo (ERG) ialah salah satu projek Proof OF Work (POW) yang berpotensi untuk menggantikan Ethereum (ETH). Cara mining kriptowang Ergo (ERG) menggunakan aturan GPU yang hampir sama dengan mining Ethereum. Selain itu, mining Ergo lebih effisyen dari segi penggunaan tenaga letrik dan suhu GPU lebih rendah. Perkara ini menjadikannya salah satu calon sesuai mengisi kekosongan ETH yang akan menjadi Proof Of Stake (POS) dalam masa terdekat.
Keperluan Untuk Mining Ergo
1.GPU
Jika memiliki PC Gaming ataupun Laptop gaming, pastinya anda punyai Graphic Processor Unit (GPU). Jadi untuk GPU paling minimum anda perlu guna memory bersaiz 4GB dan ke atas.
Untuk melihat jenis GPU yang support Ergo dan anggaran profit boleh guna link ke Minerstat ini.
2. Pemilihan Perisian Miner
Download Software Trex Miner
3. Wallet Address
Wallet ialah tempat untuk anda simpan kriptowang Ergo. Untuk memudahkan anda menukar kepada Fiat, boleh gunakan terus Wallet di exchange seperti di Gate.io, Coinex ataupun Huobi.
Selain itu anda boelh guna browser wallet seperti Yoroi.
4. Pool
Anda boleh pilih pool untuk mula mining ERGO. Pool ini tempat dimana semua miner berkongsi kuasa untuk mining ERGO dan reward akan dibahagi sesama miner.
Setiap Pool menawarkan dan mempunyai pelagai fee, sistem pebahagian reward dan minimum payout. Saiz pool juga menjadi faktor pemilihan kerana pool yang besar memberikan ganjaran lebih cepat tetatpi pembahagian hasil yang lebih sedikit disebabkan ramai miner dalam pool.
Jadi untuk pool boleh gunakan HeroMiner ataupun FlyPool
5. MSI Afterburner
Perisian MSI Afterburner ini digunakan untuk anda Overclock ataupun Underclock GPU anda supaya mencapai prestasi maksimum serta power effisyen.
Cara Setting Perisian Miner Ergo
Selepas donwload Trex, extract ke folder pilihan anda. Jika perisian antivirus anda detect software miner sebagai walware ataupun virus, anda kena excludekan Trex.
Dalam folder Trex tadi akan ada preset setting. Edit file .bat yang tulis ERGO-Herominer.bat. Setting akan seperti berikut:
t-rex.exe -a autolykos2 -o stratum+tcp://asia.ergo.herominers.com:10250 -u 9gpNWA3LVic14cMmWHmKGZyiGqrxPaSEvGsdyt7jt2DDAWDQyc9.rig0 -p x
pause
Ganti alamat pool ke: asia.ergo.herominers.com:10250
Ganti 9gpNWA3LVic14cMmWHmKGZyiGqrxPaSEvGsdyt7jt2DDAWDQyc9 kepada address wallet anda.
Ganti rig.0 kepada nama pilihan anda.
t-rex.exe -a autolykos2 -o stratum+tcp://asia.ergo.herominers.com:10250 -u walletanda.namaRig -p x
pause
Cara Dapatkan Alamat Wallet
Sebagai contoh anda gunakan Gate.io wallet. Berikut adalah cara untuk dapatkan alamat wallet.
Mula Mining ERG dan Setting Kad
Savekan bat file yang dah diedit dengan alamat wallet anda sendiri. Untuk mula mining anda perlu kelik bat file itu dan Command Line Interface CIL akan keluar.
Di CIL anda boleh nampak berapa hashrate, suhu, dan penggunaan letrik.
Seterusnya anda perlu buka MSI afterburner untuk settingkan kad.
Untuk setting kad, berikut ialah perkara yang perlu anda ubah di MSI Afterburner:
1. Fan Speed:
Set ke Manual Speed pada kelajuan pilihan anda. Apa yang penting kad anda sejuk di bawah 60 Celcius.
2. Power Limit
Semakin rendah power limit semakin efisyen kad, tak bazir letrik
3. Memory Clock
Setiap kad berbeza setting
4. Core Clock
Setiap Kad berbeza setting.
Untuk mengetahui setting kad anda, boleh merujuk kepada Data Google Spreadsheet berikut. Cari jenis kad anda dan rujuk kepada setting yang optimum miner lain dan cuba.
Cara Memantau Hasil Mining dan Dashboard
Jika anda meggunakan Pool Herominer anda boleh pergi ke web pool tersebut.
Layari Herominer
Masukkan wallet address anda dan kelik Lookup. Selepas itu anda akan dipaparkan dashboard serta status miner anda.
Di Dashboard anda boleh tengok hashrate, jumlah yang telag dimining, reward dan payout. Jumlah minimum bayaran HeroMiner ialah 1ERG.
Apabila mencapai nilai 1ERG, Herominer pool akan hantar duit kripto ke wallet anda.
Facebook Comments