Ingin lakukan pengubahsuaian kepada rumah anda? Ikuti garis panduan kami untuk lakukan pengubahsuaian yang jimat kos, sekaligus meningkatkan nilai rumah anda.
Bersihkan Dahulu
Sebelum anda mula apa jua kerja pengubahsuain, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah sesi pembersihan secara teliti. Ini kerana, anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas setelah anda mengemas dan membersihkan rumah anda. Melalui cara ini, anda akan mampu melihat semua aspek yang perlu diberi perhatian yang mungkin anda terlepas pandang sebelum mengemas. Contohnya retakan atau lubang pad adinding,kebocoran atap,pendawaian yang terdedah, kebocoran air dan sebagainya.
Berikan Lapisan Cat Baru
Jangan pandang remeh pada proses mengecat dinding. Ini kerana ia akan sangat membantu untuk memberikan kesegaran kepada kediaman anda tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Jika anda atau rakan serta keluarga mempunyai kebolehan mengecat, anda boleh berjimat dengan melakukannya sendiri. Namun, tidak semua orang mempunyai kebolehan untuk mengecat dan memastikan kerja mengeca ttersebut kemas. Oleh itu, sekiranya anda perlu dapatkan perkhidmatan tukang cat,anda disyorkan untuk bandingkan harga melalui platform perkhidmatan seperti Kaodim atau ServisHero. Anda boleh lakukan penjimatan kerana anda boleh lihat harga yang dikenakan dan juga baca ulasan pengguna yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka.
Tentukan Kawasan Penting
Kos untukmelakukan pengubahsuaian boleh meningkat secara mendadak tanpa anda sedar. Oleh itu, sebelum anda terbawa-bawa dengan impian anda, ambil langkah penting ini. Tetapkan kawasan kediaman anda yang sangat memerlukan pembaikian atau pengubahsuaian. Langkah ini penting kerana ia akan membantu anda untuk tetapkan fokus supaya anda tidak lari dari bajet kewangan anda. Kebiasaanya ruang yang perlukan pembaikian merupakan ruang yang seringdigunakan dan menjadi tumpuan ramai seperti kawasan dapur atau tandas. Ingat bahawa anda perlu ambil kira kos peralatan yang diperlukan seperti sinki, paip dan lain-lain. Peralatan tersebut kebiasannya akan memerlukan kos tinggi, selain daripada memerlukan kepakaran untuk memasangnya. Memilih peralatan murah juga tidak semestinya akan membantu anda untuk berjimat. Ini kerana kemungkinan untuk peralatan murah tersebut untuk mempunyai kualiti rendah adalah tinggi, dan anda kemudiannya perlu menggantikannya lebih kerap.
Salah satu cara untuk berjimat ialah dengan membeli peralatan untuk pengubahsuian sendiri, kemudian dapatkan perkhidmatan professional untuk pemasangan. Jangan berharap kepada kontraktor untuk membeli peralatan tersebut. Ini kerana mereka mungkin akan mengenakan harga lebih tinggi kepada anda berbanding jika anda membeli peralatan tersebut sendiri.
Seperti yang telah dibincangkan, lakukan perbandingan melalui platform perkhidmatan untuk dapatkan perkhidmatan pemasangan pada nilai terbaik untuk bajet anda.
Selain daripada itu, sewaktu anda dalam proses pengubahsuaian, ambil kesempatan untuk menukar peralatan elektrik anda kepada yang cekap tenaga. Contohnya seperti bertukar kepada lampu LED kerana ini akan membantu anda untuk mengurangkan bil elektrik anda.
Anda perlukan bantuan kewangan untuk pengubahsuaian rumahanda? Bandingkan dan mohon pinjaman peribadi pada kadar terbaik di CompareHero.my dan jadikan impian anda kepada kenyataan.
newbie blogger says
nak renovasi rumah masih bingung terimakasih atas perkongsian ini
newbie blogger recently posted…Hotel dekat Alun-alun Malang
mrhanafi says
Ubah suai rumah perlukan perancangan dan belanjawan yang bijak
mrhanafi recently posted…Hikmah Berpuasa Begitu Indah Sekali
Farah says
Admin, tajuk tu mcm tergantung plk bunyinya..hehe
“Cara Untuk Dapatkan [ ? ] Terbaik Dari Pengubahsuaian Rumah Anda”
Farah recently posted…Jom Turunkan Berat Badan Secara Sihat !
Khairul Zamri says
Nak buat renovasi rumah ni tak perlu idea yang banyak sebenarnya hanya perlukan konsep apa yang kita mahukan terus je buat
Khairul Zamri recently posted…5 Ways to Become an Online Shopping Pro in Malaysia
Bisesa says
Menentukan konsep bisa dari referensi mana saja. di internet banyak kita jumpai. kalo udah nemuin yang cocok barulah kita serahkan pada yang ahlinya for contruction
Bisesa recently posted…Cara Membuat Pagar Rumah Sendiri
Juni says
wow.. amazing..
nice tips for me, sebab saya bekerja di sebuah perusahaan yang berhubungan dengan hal2 macem ni..
thanks for information…^^
Juni recently posted…Kelebihan Dan Kekurangan Rumah Menghadap Utara
B.C says
nice artikel. saya nak cari information seperti ini buat renovasi rumah..
B.C recently posted…Seberapa Besarkah Fungsi Gudang Dalam Bidang Produksi?
Baju Raya Bella Ammara says
wahhh bagus ni. tq for the tips! senang nak renovate rumah nnti dah pindah masuk rumah baru 🙂
Home Tuition says
Biasanya fikir nak serahkan semua kerja kepada kontraktor je. Tak sangka rupanya ada kemungkinan ditipu ya. Terima kasih atas perkongsian 🙂