Apabila tengok dan baca pada headline entri kali ini sudah tentu anda semua tahu apa yang Kha bakal tulis kan?Jadi kisahnya begini..selama hampir dua minggu(23 Ogos-2 September) Kha langsung tidak dapat untuk online.Hal ini kerana switch rangkaian tempat kediaman Kha di Unimap mengalami kerosakkan.Jadi setelah berfikir & ambil kira belanja serta budget akhirnya Kha decide untuk guna broadband.Masalahnya sekarang broadband apa?
Setelah tidak mampu menahan gelora jiwa untuk online,serta urus niaga eBay tegendala-Minggu 24-30 Ogos(Waktu Mat Salleh berbelanja sakan,kerana terima gaji hujung bulan) Kha terlepas peluang itu.Tetapi nasib baik ada item di Store yang terjual sebab nak listing barang untuk format Auction tak dapat langsung.Kha terpaksa pergi Cyber Cafe untuk balas email serta uruskan shipping item.
Jadi akibat semua itu,serta mengkaji untuk jangka masa panjang akhirnya Kha beli juga broadband.Jadi experiment pertama Kha ialah Celcom Broadband.Untuk pengtahuan semua,modem yang Kha guna merupakan modem dari jenama CSL.Kha pun subscribe plan RM98 yang dikatakan mampu mencapai kelajuan 3.5Mbps.Jadi seterusnya..
Overall process untuk setup dari masa register ke dapat online guna Celcom bb seperti yang diwarwarkan.Tengah hari Kha register,petang dalam kul 3.30 ptg terus dapat guna.So ok la..
Jadi perkara pertama yang Kha test setelah dapat online guna Celcom Broadband ialah kelajuan.Kha pun cuba di Speed Test untuk mengetahui kelajuan brodband celcom itu.Agaknya apa yang Kha dapat..
Line pada modem menunjukkan Kha dapat coverage untuk 3G/ HSPA..tetapi yang sedihnya,kelajuan tidak mampu untuk mencapai 3.5Mbps,average pun dalam 800kbps-600kbps ja.Ada sesekali je,dapat 1.2Mbps tetapi untuk jangka masa sekejap sahaja.
Perkara lain yang menyedihkan Kha ialah line 3G yang tak stabil,dalam beberapa ketika pasti akan beralih rangkain ke GPRS.So geram gak lah,semuanya menjadi lembab.Lepas tu pasti akan berlaku error loading page..kalau sekali dua tak apa lah,tetapi selalu..huhu..
So plan Kha sekarang ini ialah nak UNSUBSCRIBE Celcom Brodaband kerana dalam masa seminggu boleh claim balik duit yang dah dibayar.Impian Kha setrusnya ialah nak cuba Maxis Brodband pula..
Jadi ada tak sesiapa pembaca OhDuit ini yang pernah guna atau sedang guna Maxis Brodband.Tolong beri review dan komen sedikit..
Untuk P1 Wiggy pun kalau sesiapa ada pengalaman tolong review & beri komen gak..
Sekian..nanti kalau Kha dah subscribe Maxis Broadband Kha sambung lagi entri ini ok.. :((
msarbin says
saya tak ada pengalaman la guna maxis or p1. tp kalau celcom tu..apa yang kha hadapi tu sama la seperti yang saya hadapi.. :[
enkha says
Itulah..entah bila Celcom nak upgrade dia nyer servis..skrng ni mcam beminat nak cuba DIGI Broadband pula..dgr cerita cam stabil & ok lagi,just coverage je yang tak banyak tempat boleh guna..
Motivasi Kerja says
Saya sekarang masih menggunakan Maxis Broadband. Dari sudut coverage Maxis agak terkebelakang berbanding dari Celcom sebab kat kampung langsung takde. Dari sudut speed saya buat perbandingan dgn Celcom takde bezanya sangat still lembab dan putus2. Maxis pun lepas register dalam 1jam terus activate cuma senang cerita 2 2 lembab. Nasib baik saya duk bangi jer. Kalau tak nak tukar P1 laks.
enkha says
Terima kerana sudi kongsi pengalaman..sekarang ini tengah nak selidik DIGI broadband pula..agaknya ada tak sesiapa boleh berikan preview anda tentang DIGI bb..
kimi says
bro, setting kat modem tu.. 3G only.. kalau amik 3G preferred tu yang kejap masuk kejap masuk GPRS tu.. huhu
enkha says
Dah set modem utk 3G ja..biasalah celcom,kadang-kadang sangat ok,kadang-kadang sangat KO..huhu