Cuti umum keputeraan Agong wajib diberikan kepada pekerja. Perkara itu telah ditetapkan mengikut Seksyen 60D(1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 dan tarikh cuti umum itu tidak boleh digantikan kepada tarikh lain. Cuti umum tersebut ialah cuti yang berbayar kepada pekerja oleh majikan. Cuti yang berbayar bermaksud pekerja tetap diberikan kadar gaji 1 hari, walaupun tidak masuk bekerja.
Untuk pekerja yang diarahkan bertugas pada hari tersebut, pihak majikan wajib membayar 2+1 kadar gaji harian pekerja tersebut. Tiada dinyatakan beberapa lama perlu bekerja dalam akta. Apabila diarahkan bekerja, walaupun kerja satu jam wajib dibayar 2+1. Jika kerja melebihi 8 jam barulah bayaran kerja lebih masa (overtime) akan diganda 3 kali daripada kadar gaji per jam.
Gaji 2+1 bermaksud, 1 ialah gaji yang yang tetap dibayar pada cuti umum. Tambahan 2 pula kadar gaji harian diganda 2 jika bekerja pada cuti umum tersebut. Walaupun ramai suka sebut dibayar triple, 3 kong atau tiga kali ganda, istilah yang betul tetap 2+1.
PS: Kategori Eksekutif ( jurutera, pegawai) tidak tertakluk kepada Akta Kerja 1955 jadi bergantung dengan polisi syarikat untuk memberikan cuti gantian jika diarahkan bertugas pada hari tersebut.
Sekian & selamat bercuti.
Facebook Comments