Design, fesyen & trend baju Raya pasti berubah setiap tahun. Mostly design baju raya akan berkait rapat dengan trend terkini yang viral melalui media sosial. Selain itu, faktor ikutan daripada personaliti tv, personaliti social media juga memberikan ilham untuk pemilihan design & fesyen Baju Raya.
Mengkaji Design Baju Raya di Laman Beli Belah Online
Dunia sudah berubah. Kalau dahulu mengupah penjahit untuk membuat baju raya ataupun ke kedai-kedai adalah menjadi kebiasaan, namun kini semua semakin berubah ke pembelian online. Pelbagai pilihan yang boleh dibuat di laman jualan online tersebut.
Anda juga boleh pilih dahulu secara bebas apakah design pilihan hati untuk baju raya nanti.
Berikut ialah sedikit sebanyak Tips untuk anda beli baju raya yang trendy pada tahun 2018
1.Beli Baju Raya di laman yang ternama.
Perkara ini first rule of online transaction. Jangan sesekali beli barang di laman web yang tidak ternama. Anda boleh lah jelajah laman web jualan Zalora ataupun FashionVelvet.
![FashionVelvet](https://i0.wp.com/ohduit.com/wp-content/uploads/2018/05/FashionVelvet.jpg?resize=891%2C461)
2. Gunakan Kupon Diskaun & Promosi
Kebiasaannya pihak penjual akan memberikan kupon promosi sempena hari raya. Jadi gunakan kupon tersebut untuk mendapatkan diskaun semasa checkout pembelian.
3. Jangan Beli Baju Raya Online Last Minute
Perkara ini tidak sama dengan kedai dimana, lagi last minute lagi pelbagai promosi. Anda perlu ingat bahawa, pembelian online perlukan penghantaran. Jadi untuk elakkan baju raya design terbaru anda tidak sampai pada waktunya, pastikan anda beli awal jika beli baju raya online.
![hantar baju raya 2018](https://i0.wp.com/ohduit.com/wp-content/uploads/2018/05/hantar-baju-raya-2018.jpg?resize=521%2C348)
Tiru Sahaja Design Baju Raya
Untuk yang sukar membuat pilihan, cara paling mudah ialah untuk tiru sahaja fesyen baju raya artis atau personaliti yang anda minat. Anda bolehlah follow mereka di laman sosial untuk melihat design terkini meraka pakai atau promosikan.
JIka anda tiada artis yang diminati, anda bolehlah mencari design baju raya melalui Google Image.
![google design baju raya google baju raya](https://i0.wp.com/ohduit.com/wp-content/uploads/2018/05/google-baju-raya.jpg?resize=1024%2C818)
Old Is Gold, Conventional Design Baju Raya
Ini merupakan pilihan admin, sometime rasa membazir nak habiskan duit pada design baju raya yang terlalu trendy dan mahal. Jadi pilihan saya design yang conventional,simple dan tetap menarik, contohnya baju melayu teluk belanga.
![baju melayu teluk belanga](https://i0.wp.com/ohduit.com/wp-content/uploads/2018/05/teluk-belanga-sultan-johor.jpg?resize=454%2C314)
Facebook Comments