Algorithm anti web spam Google iaitu Penguin kini telah masuk ke fasa #4 ataupun dikenali dengan nama Penguin 2.0. Untuk pengetahuan, Penguin 2.0 kini telah bermula!
Update kali ini akan menyebabkan kesan kepada 2.3% carian English dan kepada bahasa lain bergantung kepada tahap spam bahasa tersebut
Untuk pengetahuan, berikut ialah tarikh update Penguin yang terdahulu:
- Penguin 1 – April 24, 2012
- Penguin 2 – May 24, 2012
- Penguin 3 – October 5, 2012
Matt Cutts sendiri menyatakan, update Penguin 2.0 bukan hanya sekadar data refresh, akan tetapi sekali dengan algorithm terbaru. Jadi akan banyak perubahan pada ranking untuk sesiapa yang bermain dengan SEO.
Apakah perubahan yang anda alami?
Azhan says
Terlalu menakutkan bagi SEO provider. Boleh menyebabkan ranking jatuh merudum. Panik!!!
Khirol Hazwan says
Kalau amalkan SEO yang ‘baik’, tidak perlu panik 😀