Kriptowang ni ada beberapa perkara yang orang fikir, boleh untung ke, atau tidak. Seperti mana pelaburan konvensional lain, sememangnya akan melibatkan risiko. Untuk matawang kripto ni, risiko agak tinggi disebabkan pasaran yang tidak stabil. Sebab itu, hanya melaburkan duit yang sanggup rugi sahaja dalam pelaburan kriptowang.
Sehubungan itu, saya akan kongsikan kepada semua hasil main kripto ni, boleh buat untung ka ataupun dip to longkang. Saya akan kongsikan data bermula 1 September 2021 sehingga artikel ni ditulis.
Strategi Pelaburan Kriptowang
Secara mudahnya, saya pecahkan kepada 4 kategori pelaburan kriptowang sebagai strategi saya mendapatkan Return Of Investment (ROI) iaitu:
- Kripto Mining
- Robot Trading
- Hold & Staking
- Manual Trading
Kemaskini Hasil Kripto Mining
Penghujung bulan August 2021, ETH melakukan hard fork EIP-1559 menyebabkan hasil mining ETH menurun sebanyak 20-25%. Walau bagaimanapun perkara ini diimbangi oleh kenaikkan harga Ethereum.
Jadi ringkasan untuk kripto mining ialah seperti berikut.
Jumlah ETH dimining: ETH 0.415528587 / $1,454.35
Total Hashrate ETH: 336Mhs
Target saya mahu mencapai 1GHs, tapi untuk itu saya akan kena keluarkan estimate modal sebanyak RM63,000 lagi. Dengan ETH2.0 semakin menghampiri, mungkin agak terlambat ditambah dengan harga GPU yang ATH sekarang ni.
Walau bagaimanapun ERG mining macam menarik, tetapi kadar kenaikkan Difficulty dan Harga masih tak seimbang. Tapi jika ada jumpa tawaran harga GPU murah berdekatan harga MRSP, mungkin masih boleh consider untuk beli.
Untuk bulan strategy mining saya menggunakan Pool Ezil.me dimana menawarkan Dual mining dua kripto iaitu ETH dan Zilliqa. Jadi miner yang berminat nak guna Pool Ezil.me bolehlah menggunakan Promo Code berikut untuk cashback pool fee sebanyak 0.10%.
PROMO CODE: 5eadb
Kemaskini Robot Trading
Untuk robot trading saya menggunakan 3commas.io versi percuma. Ramai kawan yang promote RoyalQ robot, tapi saya lebih selesa menggunakan 3commas ini, sebabnya satu sahaja iaitu percuma. Biarpun hanya ada 1 Bot diberikan tapi cukup sudah untuk cover trading, yang penting setting kena betul mengikut pasaran semasa.
Jadi untuk robot trading, bermula 1 September 2021 sehingga artikel ni ditulis, sudah mendapat Profit sebanyak $211.48.
Walau bagaimanapun masih ada $1005.15 masih sangkut dalam deal dengan unrealized loss & profit (uPNL) sebanyak $127.77.
Kemaskini Hold & Staking
Untuk Staking saya cuma fokus kepada 3 kripto iaitu:
- ETH2.0: Binance Staking at 5.6% APY
- ADA: Binance 60 Days Staking at 7.79% APY
- SHIB: ShibaSwab Shib Bury 0.06% APY bonus Bone 106% APY dan ETH 41.74% APY
Untuk HOLDING, saya fokus kepada next coin pengganti ETH iaitu:
Cardano ADA baru-baru ni baru sahaja melancarkan Alonzo Hard Fork dimana menawarkan fungsi Smart Contract. Jadi hold sahaja, ada potensi untuk mencapai ATH baru.
Kemaskini Manual Trading
Jarang buat manual trading sebab tidak yakin lagi. Masih bergantung kepada robot dan masih belajar lagi teknik entry deal yang betul.
SASARAN PELABURAN KRIPTO SELEPAS INI
Semakin hari semakin ramai celik berkenaan kripto dan semakin banyak inflow investment, dan akan bertambah value kripto. Never too late to invest sekarang ni. Saya bukannya nak bagi nasihat kewangan, apa yang penting DYOR dan labur apa yang anda sanggup rugi.
Facebook Comments