Lama sudah tak menulis sesuatu di blog ini. Hari ini barulah ada idea untuk menulis semenjak mendapat kemudahan dan akses yang baik internet. Pastinya ada perubahan setelah lama tidak mengaktifkan diri di dunia internet ini. Oleh itu secara ringkas apa yang berlaku sepanjang tempoh tiada kemaskini di blog ini.
Mula Terjebak Dengan Dunia Kriptowang
Apabila trend berubah, kita pun kena ikut berubah. Sekarang ni tengah terjebak dengan perkara yang melibatkan Kriptowang. Apa yang telah saya ceburi ialah pelaburan aset digital di CEX termasuk penggunaan Bot Sistem untuk trading. Selain itu mula melombong Ethereum (ETH) sebagai salah satu pelaburan jangka panjang.
Journey dalam Kriptowang ini masih baru, bermula pada awal Mei 2021, so pada tarikh artikel ni ditulis baru sahaja dalam 3 bulan lebih. Ada banyak perkara baru dipelajari dan akan dipelajari, jika ada masa saya akan kongsikan di blog ini.
Kena Banned 100% Ebay Account
KIsah ini berlaku pada tahun 2019 dimana semua eBay account ken banned termasuk yang linked indirect or directly. Jadi kesudahannya terpaksa tutup buku dan moved-on, walaupun tidak puas hati tu tetap ada. Hal ini kerana eBay tak bagi pun sebab yang kukuh untuk banned. Pernah juga cuba untuk Reinstate Account, tapi tidak berjaya. So, saya lupakan terus sahaja pasal bis “Dropship” di eBay.
Expired Domain Name
Saya memang ada menyimpan beberapa domain name yang dirasakan mempunyai nilai selain yang mempunyai nilai sentimental dengan perjalanan hidup saya. Nasib tidak baik, saya terlupa untuk renew beberapa domain dan akhirnya terpaksa akur bahawa aset tersebut telah terlepas.
Apakah Yang Seterusnya?
Sekarang ni saya banyak belajar dan melaburkan aset ke dunia Kriptowang. Jadi saya rancang untuk kongsikan journey saya dalam duni Kripowang ini. Saya tidak harapkan ganjaran yang tinggi, sebab sentiasa beringat bahawa pelaburan kripowang ialah sangat volatile dan only invest duit yang anda rasa sanggup rugi.
Facebook Comments