Mula menceburi pelaburan kriptowang, antara perkara terawal anda perlu belajar ialah Jargon ataupun Istilah yang biasa digunakan dalam kriptowang. Mempelajari jargon ini penting supaya anda faham apa yang dibincangkan di group, video ataupun dibualkan oleh pemain kripto. Oleh itu saya akan kongsikan beberapa jargon yang biasa digunakan.
ALTCOIN
Coin selain BITCOIN seperti ETH, XRP, ADA dan lain lain.
DYOR
Do Your Own Research. Maksudnya anda perlu membuat kajian sendiri berkenaan topik/perkara yang berkaitan kriptowang. Kajian tu boleh dibuat melalui carian Google, Video Youtube, ataupun membaca blog seperti Ohduit.com ini.
HOLD/HODL
Istilah Hold On Dear Life sebenarnya bermula apabila salah seorang pemain kripto tersalah eja HOLD menjadi HODL. Bermula dengan gurauan akhirnya ramai pemain Kriptowang menggunakan jargon tersebut. HOLD/HODL bermaksud pelabur kripto tidak menjual pegangan kripto biarpun harga telah turun lebih rendah daripada pelaburan asal.
BEAR/BULL
Bear ialah istilah dimana pasaran atapun harga kripto dalam trend menurun. Bull pula keadaan pasaran ataupun harga kripto dalam keanaan menaik.
Istilah lain yang berkait rapat dengan jargon ini ialah BEAR TRAP ataupun BULL TRAP, iaitu situasi market reversal. Sebagai contoh, Bitcoin tengah dalam trend BULLish dan semua pemain kripto syok membeli, kemudian harga terus menjunam jatuh dengan teruk. Siapa yang mebeli di harga pucuk itu telah terkena BULL TRAP.
WHALE
Istilah untuk orang atau organisasi yang mempunyai pegangan kripto yang banyak. Tindakan golongan ini membeli atau menjual sesuatu kripto boleh menyebabkan kenaikkan atau penurunan pasaran.
PUMP & DUMP
Situasi dimana Whale membeli dalam kuantititi banyak untuk menaikkan harga sesuatu kripto, apabila ramai sudah membeli dan harga naik tinggi, golongan Whale ini akan jual untuk ambil untung.
MARKET CAP
Jumlah kripto yang ada dalam pasaran dan didarap dengan harga semasa kripto tersebut. Market cap paling tinggi sehingga kini dipegang oleh Bitcoin BTC, kemudian Ethereum ETH. Untuk senarai lengkap bolehlah kunjungi website CoinMarketCap.com .
FOMO
Fear Of Missing Out iaitu keadaan pemain kripto yang membeli atau menjual kripto tanpa membuat kajian teliti. Biasanya FOMO berlaku disebabkan oleh trend atau berita ataupun tweet influencer seperti Elon Musk.
ATH
All Time High iaitu harga tertinggi sesuatu watawang kripto.
WALLET
Tempat anda simpan kriptowang. Tanpa wallet anda tak akan dapat simpan kriptowang. Wallet paling mudah anda boleh dapat daripada CEX seperti Luno ataupun Binance. Untuk lebih selamat boleh gunakan hardware wallet, paper wallet ataupun browser extension wallet seperti Metamask.
FIAT
Matawang bukan kripto seprting MYR Ringgit ataupun USD.
FUD
Fear, Uncertain, Doubt biasanya digunakan untuk berita-berita yang tidak sahih yang menyebabkan pemain kripto membuat pilihan yang tidak tepat. Bahasa lain nya ialah khabar angin.
POS
Proof Of Stake
POW
Proof of Work
POS dan POW ni terelau komplek untuk ditersangkan. Cara paling mudah untuk bezakan ialah coin yang guna POW boleh dimining seperti BTC dan ETH. Manakala untuk coin yang guna POS tidak boleh dimining seperti ADA.
#TOTHEMOON
Ini maksudnya ayat penyedap hati si pemain kripto diamana membawa maksud sesuatu watawang kripto yang dilaburkan dalam keadaan Bullish iaitu naik harga, mungkin akan capai ATH baru.
Facebook Comments