Blog ini agaknya dah jadi sarang labah-labah sebab lama tak diupdate dengan entri terbaru. Sebagai blog terawal tuan punya , blog ini memberikan nostlagia tersendiri. Cerita dan update pengalaman sendiri mencari cari duit melalui ini. Tetapi malangnya, empunya tidak berbakat dalam penulisan dan apatah lagi penulisan dalam bahasa English.
Teringat 3-4 tahun dahulu bagaimana fikiran penulis diracuni dengan idea buat duit dengan blog. Ditambah pula dengan cerita hasil buat duit dengan Adsense. Itu kebenaran, bagaimana mulanya minat dan idea nak buat duit dari internet. Melihat balik kemasa dahulu, masalah yang wujud dan sampai kini tetap masalah ialah penulisan. Kemampuan untuk menulis artikel bahasa English.
Tahun 2008, tahun permulaan idea mencari duit di internet. Dimulakan dengan Blogspot. Difikir balik kemasa itu, jika mampu menulis artikel menggunakan bahasa English dengan baik, pasti mudah berjaya dengan program seperti Adsense dan lain-lain. Tiada Panda tiada Penguin update lagi pada masa itu. Segalanya sangat mudah untuk dirankkan di enjin carian Google. Ribuan dollar dari Adsense pasti semudah ABC.
Tutup cerita lama, kini tahun 2013. Masih berada di masalah yang sama. Kena akui, boleh menulis artikel bahasa English dengan baik satu kelebihan. Membangunkan sesuatu ‘Money Site’ akan lebih mudah dan jimat. Tidak perlu lagi outsource penulis freelancer menulis artikel yang bersesuai dengan katakunci carian utama laman duit.
Membina backlink lebih mudah dengan adanya kelebihan menulis artikel berbahasa English. Rangkaian lapisan pertama backlink dapat dibina dengan kualiti dan jimat. Artikel yang ditulis disiarkan di laman WEB2.0 atau secara penulis jemputan. Saya tertarik dengan strategi menaikkan kata kunci 10 Blogger Terbaik Malaysia ini. Ideanya di sini, menulis artikel berbahasa English memasarkan produk jauh ke peringkat dunia.
Menyumbangkan artikel secara guest blogging membina rangkaian backlink yang berkualiti. Jika saya boleh menulis artikel bahasa English dengan baik, mudahnya mendapat kualiti backlink hasil penulisan jemputan. Malah boleh menarik lebih banyak traffik ke blog sendiri.
Jika tidak boleh menulis sendiri, masih ada tool yang boleh menulis untuk anda. Tolong jangan terpedaya dengan pernyataan ini. Tool seperti The Best Spinner , boleh membantu. Namun begitu, kualiti hasil daripada spin artikel secara automatik tidak memberikan hasil yang berkualiti. Pembaca boleh tahu artikel itu ‘Spun Article’ atau tidak. Akhirnya, kemampuan menulis artikel English dengan baik juga menjadi kelebihan.
Akhir kata, bakat dan minat juga yang membantu diri untuk menulis dengan baik. Kekurangan kelebihan dari segi penulisan untuk content blog seriuosly menyukarkan diri dalam arena blogging dalam berbahasa English. Namun begitu, kena cuba juga untuk menulis. Apa yang pasti semakin hari semestinya akan lebih baik.
muliani says
kalaulah kann… hehe