Kek Milo Viral yang trending di social media kerana resipi yang sangat mudah. Kali ini penulis ingin kongsikan resipi Kek Milo Viral tersebut.
Terdapat pelbagai variasi Kek Milo Viral , tetapi Resepi Kek Milo Viral Pilihan penulis semestinya resipi original yang paling mudah sekali.
Kek Milo sejarahnya mula dikongsikan di group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) dan seterusnya terus viral. Ye lah kan masak Kek Milo tersebut pakai dua bahan sahaja iaitu: Milo & Telur.
Bagaimana rasanya Kek Milo ini? Anda kena cuba dahulu resipi di bawah untuk tahu sedap atau tidak Kek Milo Viral ini.
Resipi 1 – Kek Milo Viral Original
Bahan-bahan:
– 6 sudu Milo
– 2 biji telur
Cara-cara:
1. Gaulkan Milo dan telur hingga sebati.
2. Bakar di oven pada suhu 140°C untuk 15 – 20 minit.
Sumber resipi: Nora Aiya (MAHN)
Resipi 2 – Kek Milo Viral Manis
Bahan-bahan:
– 2 cawan Milo
– 4 biji telur
– 2 sudu besar susu pekat
Langkah-langkah:
1. Gaul kesemua bahan dengan mixer.
2. Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit.
Sumber resipi: Sara Vee (MAHN)
Resipi 3 – Kek Milo Viral Mug Cake
Bahan-bahan:
6 sudu besar Milo
1 biji telur
Sedikit susu segar (jika mahu)
Langkah-langkah:
1. Gaul kesemua bahan dalam cawan microwave-safe.
2. Microwave selama 3 minit.
Sumber resipi: Jolynn Martin
Resipi 4 – Kek Milo Viral Oreo
Bahan-bahan:
– 1 kg Milo
– 250g mentega
– 1 tin susu
– 10 biji telur
– Oreo (inti buang)
Langkah-langkah:
1. Pukul butter dan susu.
2. Masukkan telur satu per satu.
3. Masukkan Milo dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan susunkan lapisan biskut Oreo.
5. Bakar pada suhu 140°C selama 45 minit.
Sumber resipi: Aedafieyza Hossen
Resipi 5 – Kek Milo Viral Horlick
Bahan-bahan:
– 5 paket Milo 3 dalam 1
– 3 sudu Horlicks
– 3 biji telur
– 1 penutup esen vanilla
Langkah-langkah:
1. Gaul kesemua bahan.
2. Bakar pada suhu 180°C untuk 15 minit hingga kembang.
3. Turunkan suhu ke 150°C dan bakar lagi 20 minit.
Sumber resipi: Natashah Rohna John
Selamat mencuba semua variasi Kek Milo Viral ini. Kalau ada resepi sendiri, boleh maklumkan kepada penulis, nanti penulis tambahkan koleksi resipi Kek Milo Viral.
Facebook Comments