Kerja tak da life, antara ayat yang menjadi igauan mimpi buruk semasa masih lagi belajar. Terfikir dalam hati, bagaimana agaknya waktu sudah kerja nanti. Apa maknanya , kerja tak ada life orang sering sebut-sebutkan itu.
Mungkin setiap orang ada pengertian tersendiri tentang apa itu tak ada life. Ada suka masa, ada suka duit, ada suka keluarga & etc.
Sebab itu, zaman masih lagi belajar, diri ini sangat tertarik dengan idea “bekerja sendiri”, ” tak mahu makan gaji” etc. Tapi tahu tak, setiap orang yang berjaya dalam bisnes aka bekerja sendiri, juga berkorban dan berdedikasi dalam hidup mereka sampai boleh dikata tak ada life juga untuk capai apa yang mereka nak capai.
Berbalik kepada kerja makan gaji, karier yang berlandaskan teknikal seperti saya ini, tak ada life itu ialah sudah menjadi kebiasaan. Senang cerita, semakin penting atau besar jawatan, semakin banyak tanggungjawab serta bebanan di sekeliling pinggang, bahu, tangan, kepala dan lain-lainnya.
Ditanya pada diri saya sendiri, mungkin life yang saya cari ialah masa, kasih sayang dan keluarga yang bahagia. Mungkin ini ayat standard untuk yang masih status single. Namun begitu duit saya letak no 2, sebab duit tetap segalanya..kan?
So anda rasa, kalau tukar karier jadi anatar blogger Malaysia Best Blog, agaknya hidup ada life tak?
blogger lelaki says
mungkin kalau kita berjaya jadikan blog sebagai kerjaya..masa akan jadi flexible..sebab kita bekerja dari rumah…nak cuti, nak bersama keluarga..kita boleh aturkan ikut kesesuaian masa..tapi jika kita bekerja sendiri disiplin dalam menguruskan masa itu penting
blogger lelaki recently posted…Malaysia Top 10 Best Blog 2015
mrhanafi BEST says
saya dah lama idam jadi blogger fulltime sejak 3 tahun dulu..sampai sekarang masih kerja makan gaji lagi
mrhanafi BEST recently posted…Peluang Terbaik Untuk Membina Kerjaya
kimmie says
kerja…masih ada life hehehehe…kena pandai uruskan lah. Tp kalau memang berminat menjadikan kerjaya blogger sebagai pekerjaan tetap pun tak de masalah. Lebih flexiable .
kimmie recently posted…Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Syahril Hafiz says
Aku setuju dengan Blogger Lelaki punya pendapat, nak kerja sendiri, fikir dulu anda tu seorang yang disiplin atau tidak, cekap uruskan masa, pekerja dan tenaga. Sanggup korban satu benda untuk berjaya atau tidak. Banyak faktor kalau dah kerja ni, salah satu kalau kerja tak dak life, rasa anda memang robot. Kerja kena fun, baru enjoy!
Boleh fokus dan jalan terus 🙂
Skop bidang kerja bisnes lain, makan gaji pun lain…nak jadikan blog sebagai kerjaya. Hat tu kena semua.. Tak boleh fokus satu, kena fokus keseluruhan untuk manfaatkan internet sebagai punca pendapatan. Tq
Syahril Hafiz recently posted…Malaysia Best Blog 2015
Hasrul Hassan says
Bila bercerita, benda ni nampak mudah, tapi sebenarnya perlu alami baru tahu …
Syahril Hafiz says
Setuju tu.. atas kertas nampak lain, realiti jadi lain.
Syahril Hafiz recently posted…Cara Untuk Spy Kaedah Yang Digunakan Oleh Peserta Contest SEO Malaysia Best Blog 2015
Shaepy says
Kerja mandiri dituntut kesabaran dan kedisiplinan yang tinggi. Saya pernah tumbang, tapi semangat terus berkobar. Tak kenal lelah, tak kenal waktu, yang ada hanya mimpi bisa sukses. Pertanyaannya, apa dengan mimpi sukses bisa kita raih, tentu bisa jika hanya dengan kerja keras. Tapi impian saya belum menjadi kenyataan…doa kan kawan 🙂
Shaepy recently posted…Selimut Bulu Dora
Hasrul Hassan says
Setakat ini .. setelah bertahun berblog dan mencari makan menerusinya, saya happy … tersenarai dalam Malaysia Best Blog 2015 merupakan antara bukti jerit payah selama ini.
Hasrul Hassan recently posted…Senarai Lengkap Produk Barangan Pengguna Dikenakan GST
Syahril Hafiz says
TAHNIAH!
Saya tengok, bro dengan pengguna Blogspot khususnya blogger wanita sangat rapat..haha
ada tips nak jadi kacak?
Syahril Hafiz recently posted…Malaysia Best Blog 2015
mrhanafi BEST says
blogger wanita sangat ramai kat blogspot..lelaki pula banyak kat WP..
mrhanafi BEST recently posted…Peluang Terbaik Untuk Membina Kerjaya
wildan says
Semua orang ingin bahagia, memang duit bukanlah segalanya, namun segalanya memerlukan duit.betul tak?
wildan recently posted…Perbaikan Kulit Malam Hari
Muliani says
Nak ade life tak boleh bkrja dgn org. Kita kene berbisnes
kempiskanperutbuncit says
saya dulu teringin nak jadi engineer, cuma takde peluang nak sambung belajar bidang kejuruteraan. memang saya ada terdengar kerja engineer nie penat dan stress, tapi kalau dibuat dengan minat, in sha Allah jadi best.. hari2 nak belajar benda baru.. hope ambik yang positif
Kerja Kosong Kerajaan says
Kalau masyuk memang ada life ya bro..Yang penting kita enjoy melakukan kerja yang kita suka..