Kes terbaru yang hendak diselesaikan oleh Yusuf Azmi dan team PPIM berkenaan laporan penipuan yang dibuat oleh pelaburan Kopi Pak Belalang. Ramai mangsa telah pun melaburkan ribuan ringgit malah sampai berjuta ringgit terhadap produk Kopi Pak Belalang.
Semua mangsa menuntut keadilan melalui pertolongan PPIM. Daripada apa yang PPIM maklumkan, laporan polis pernah dibuat terhadap pelaburan Kopi Pak Belalang, namun tiada tindakan daripada pihak berwajib. Mungkin kebal atau mungkin sebab pengaruh ‘big boss’ produk Kopi Pak Belalang tersebut.
Kopi Pak Belalang dan Permainan Duit (Money Game)
Sebelum ini, PPIM telah membongkarkan kes penipuan hartanah, kali ini melibatkan penipuan dalam bentuk yang sama iaitu Permainan Duit oleh produk Kopi Pak Belalang. Secara ringkasnya pelaburan Kopi Pak Belalalang menjadi money game apabila, pelaburan yang diterima 75% digunakan sebagai modal untuk produksi Kopi Pak Belalang. Para pelabur dijanjikan jaminan keuntungan 8% setiap bulan selama setahun dan pulangkan balik modal. Namun begitu sebaliknya yang berlaku!
Mana-mana yang dengar tawaran ini pasti akan terjerat untuk melabur. Ditambah pula dengan imej Kopi Pak belalang yang menjadi penaja program-program berkonsep keagamaan di kaca TV. Imej “Ustaz” menjadikan ramai berkeyakinan untuk masuk melabur dalam scam duit Kopi Pak Belalang.
Sepertimana yang PPIM sendiri tegaskan, mereka ingin mencari dokumentasi adakah benar 75% duit yang dilaburkan betul-betul untuk produksi & jualan kopi Pak belalang tersebut. Tiada rekod yang dapat membuktikan, malah lawatan ke kilang KopI Pak Belalang tidak mencerminkan produksi bernilai jutaan ringgit. Malah tindakan syarikat Kopi Pak Belalang mengumpul dana (modal) melalui orang ramai adalah salah di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Kesimpulannya, pihak PPIM masih lagi menunggu jawapan dari pihak atasan Kopi Pak Belalang mengenai isu ini. Jika anda salah seorang mangsa permainan duit KOPI PAK BELALANG bolehlah hubungi terus pihak PPIM.
Khairul Zamri says
Zaman sekarang senang je kalau perkara tu melibatkan money game lebih baik kita tinggalkan atau tak terlibat langsung, kelak tersontot nak mengamuk pun tak guna dah
Khairul Zamri recently posted…Tips Untuk Anak Bijak dan Mendengar Kata
rhyne says
Baru twist sikit dgn gunakan istilah hibah dan jual nama sahabat habis segala ustaz dan tok guru yg berkopiah berjanggut berderui ke sungai terjun ramai2 belaka kah2..kusangkakan alim rupenye abid belaka alahai..
Baju Raya Terkini says
saya dah rasa dah dari dulu lagi pasal kopi ehem ehem ni. Adoi, macam2 la zaman sekarang ni. huuuu
Xplorasi Destinasi says
Kopi ni kan dulu jadi penaja Gema Gegarvaganza 🙂
Xplorasi Destinasi recently posted…Hutan Lipur Sungai Tua – Pengalaman camping tepi sungai di Taman Negeri Selangor
Tuisyen di rumah says
hmmm tak sangka macam ni pula jadinya. Kadang-kadang orang percaya sebab nak tolong company bumiputera. Terima kasih atas artikel yang ditulis. Sangat membuka mata.
Zainon Kamaruddin says
Banyak sangat skim menipu kat Malaysia ni.
Macam takde penguatkuasa dah dalam negara ni
Amir Eusoff says
dah try dah kopi ni memang padu beb
Nazin says
Harap pihak berkuasa terkini dibawah pemerintahan PAKATAN dpt mengambil tindakan dan pemulangkan kembali modal asal.
Khirol Hazwan says
Harap-harap begitulah, kasihan yang dah terkena