Lamanya saya tidak menulis blog. Kesibukkan kuliah dan mini project Universiti punca Kha jarang nak menulis. Lagipun pelbagai update eBay telah berlaku dalam beberapa bulan ini.
Salah satu perubahan paling besar ialah perubahan polisi fee eBay! Anda bolehlah rujuk di Blog Sifu Noorizam Shah ,Blog Saudara Nuwa,atau forum Wang Cyber.
Baiklah Kha teruskan kepada tajuk yang Kha tulis kali ini. NETWORKING atau RANGKAIAN. Mengapa harus ada networking yang kuat dalam bisnes?
Bisnes ialah interaksi dengan orang lain. Apabila berinteraksi dengan pelanggan,rakan bisnes,pesaing bisnes,semua itu dikaitkan dengan rangkaian.
Senang cerita apabila rangkaian anda berkembang luas apa yang anda akan dapat ialah:
- Senang nak dapat info barangan- JIka anda seorang penjual,info seperti supplier akan lebih mudah untuk anda dapat .
- Senang nak dapat tips & sokongan- Jika anda rapat dengan Sifu-sifu anda pasti senang nak minta tips serta sokongan. Pasti menguntungkan!
- Kurangkan risiko- Jika anda mahu menjual barangan maya seperti eBook..dengan adanya rangkaian kuat dengan sifu-sifu,nama anda lebih mudah naik. Kata-kata sifu akan lebih dipercayai oleh newbie. So jualan akan lebih kencang!
Beberapa cara yang boleh anda buat untuk luaskan networking anda ialah:
- Hadiri seminar atau kursus- Kumpul bisnes kad dan saling bertukar bisnes kad. Rapati sifu-sifu serta dapatkan ramai kenalan semasa seminar atau kursus tersebut!
- Rangkaian sosial- Gunakan kuasa seperti Facebook untuk dapatkan rangkaian anda! Sebagai contohnya anda bolehlah tambah Kha di senarai kawan Facebook anda!
Sekian dulu..jom kita sama-sama luaskan Networking 🙂
zik says
erm betul tuh… networking penting untuk tambah kita punya pengaruh..ataupun dapat tolong menolong antara satu sama lain.. selain berkongsi idea.. 😉
nasslimdiet2 says
Betul tu. Saya suka buat networking di seminar-seminar coz dikelilingi orang positif.
nasslimdiet2 recently posted…Kebaikan GC Tea