Salam semua,beberapa minggu ini,KHA jarang update content blog ini. Maklumlah Final Exam dah dekat. Baiklah kali ini KHA nak kongsi sedikit beberapa tool-tool percuma yang anda boleh cuba!! Tool-tool ini digunakan untuk melakukan kajian sebelum anda beniaga di laman eBay!
Sebagai seorang bisnesman aka Seller di eBay, kajian itu merupakan perkara yang penting. Jangan sesekali terus berniaga di eBay tanpa melakukan sebarang research / kajian.
Melalui research anda boleh dapat mengetahui apa product HOT, harga seller lain jual,serta keyword untuk title jualan anda.
Baiklah tanpa berbicara banyak jom kita tengok TOOl apa yang boleh digunakan.Semua tool ini KISS (keep it simple sekali…hehe). Maknanya anda tak perlu habiskan terlalu banyak masa buat kajian.
1.www.terapeak.com (Tidak lagi versi percuma )
Ini merupakan tool yang basic semua seller mesti tahu guna.Anda terus pergi ke laman web ini dan pergi ke bahagian sample report percuma.
Atau anda terus guna link berikut:
http://data.terapeak.com/?query=mousepad
hanya tukar “mousepad” kepada apa jua carian yang anda mahu! Dari Terapeak anda akan tahu banyak perkara..Kaji-kaji sendiri lah k.
2.http://www.goofbay.com
Anda boleh explore web ini.Banyak tool berguna yang anda boleh dapatkan secara percuma di laman web ini.
Atau anda terus ke link berikut:
http://www.goofbay.com/ebay_most_popular_tool.html
Taipkan sahaja apa yang anda mahu,dan di laman eBay mana.Tool ini akan memaparkan product-product yang tengah HOT!!
3.http://whats-hot-weekly.com/
Laman ini pun anda boleh tengok apa product yang tengah hot.Anda boleh search ikut kategori atau teruskan taip carian di ruangan search!
4.http://labs.ebay.com/raghavgupta/demoto/to?
Tool yang ini pula,nak tengok keyword title yang anda gunakan..sama ada optimize atau tak.
5.http://pages.ebay.com/help/community/vero-aboutme.html#top
Page ini yang paling penting.Check dulu barang apa yang VerO.
6.Complete Listing
Ini tool percuma di laman eBay itu sendiri.Just pergi serch product apa dan kemudian aktifkan option complete listing.
Yang banyak “hijau” tu maknanya hot lah tu.!
Google pun sangat berguna.Anda boleh direct search atau guna tool dari Google itu sendiri.
Nak tengok trend sesuatu perkara itu..
https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal
Cari idea nak search & letak title auction anda.
zam says
thanks for the tips… terapeak tu dah berbayor yer… dulu dongar nye free.. hehehe 🙂 🙂