Mungking Kemboja menjadi destinasi perlancongan anda yang seterusnya. Kehabatan kuil-kuil serta kota lama menjadi tarikan utama di Kemboja. Mari kita mengembara secara maya dahulu apa tempat menarik yang ada di Kemboja.
Angkor
Angkor merupakan tarikan utama dia Kemboja dan merupakan salah satu tapak kota lama yang terkenal di seluruh dunia. Angkor merupakan tapak pusat kota pada Empayar Khmer dari kurun ke 9 ke kurun 15 . Tarikan utama di Angkor ialah kuil lama Angkot Wat, kuil Bayon dan Ta Prohm. Keunikan kuil-kuil purba ini memberikan pengalaman merentas masa ketika berada di sana. Sangat menarik untuk dikunjungi.
Banteay Srei
Walaupun merupakan sebahagian daripada Kompleks Angkor, Banteay Srei terletak 25 km di utara-timur Kemboja , menjadikan ianya termasuk dalam senarai tarikan berbeza di Kemboja. Kuil ini disiapkan pada tahun 967 AD. Dindingnya diukir dengan ukiran yang sungguh unik dan menarik. Untuk pengetahuan anda, hanya Banteay Srei merupakan kuil yang dibina bukan untuk raja.
Koh Ker
Kor ker merupakan ibu kota empayar Khmer dari tahun 928 ke 944 AD. Pada masa yang singkat ini pelabagai bangunan serta ukiran menarik telah dibina. Apa yang paling menarik di sini ialah Prasat Thom , bangunan yang seakan piramid setinggi 30 meter. Sungguh menarik untuk dilawati kota-kota lama ini!
Pagoda Perak
Terletak di kawasan Instana Diraja di Phom Penh, Pagoda Perak merupaka rumah yang menyimpan pelbagai harta bernilai seperti emas dan Buddha berlian. Apa yang paling popular ialah Budhha Kristal dna Buddha Emas Maitreya. Bahagian dalam Pagoda Perak dihiasi dengan ukiran bertemakan mitos Ramayana oleh artis Khmer pada sekitar tahun 1903-04.
Preah Vihear
Preah Vihear merupakan kuil Khmer yang dibina di atas Gunung Dângrêk setinggi 525 meter. Preah Vihear didedikasikan untuk tuhan Shiva dibina sekitar kurun ke 11 dan ke 12.
Siem Reap
Siem Reap merupakan bandar Kemboja yang kini berkembang pesat. Hal ini kerana semua pelangcong ke Angkor akan melalui atau singgah terlebih dahulu di Siem Reap. Berkembang sebagai hub perlancongan terkemuka, Siem Reap turut menawarkan penginapan bertaraf 5 bintang serta banyak hotel dengan harga mampu. Apa istimewanya di sini ialah, pelbagai pilihan restoran serta makanan tempatan yang unik dan sedap!
Melancong Bersama Cambodia Muslim Holiday & Travel
Sudah puas melancong secara maya di internet, kini masanya untuk anda terus pergi ke Kemboja. Saya cadangkan anda pergi melalui perkhidmatan syarikat perlancongan Cambodia Muslim Holiday & Travel.
Antara kelebihan utama jika melancong melalui syarikat perlancongan ini ialah; sesuai untuk mereka yang beragama Islam kerana 100% dimiliki oleh saudara Islam kita di Kemboja, iaitu Ustaz Yahya Al-Hafiz. Malah syarikat ini merupakan salah satu operator pelancongan yang amat dipercayai dan dikenali di Kemboja serta Vietnam dan bakal menjadi peneraju utama dalam pasaran pengurusan pelancongan.
“Jauh berjalan, luas pemandangan”
Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.
Azri Johan says
Terima Kasih sertai contest kembara kemboja ini ya bro. Semoga berjaya diucapkan 🙂
Khirol Hazwan says
Sama-sama 🙂
Farisya Anastasyia says
semoga berjaya 🙂 entri ni menarik.tak bosan bila baca 🙂
Khirol Hazwan says
Semoga berjaya juga kepada awak 🙂