Sebelum ini perkataan dropship hanya popular dikalangan eBayer. Namun begitu, evolusi bisnes online Malaysia semakin cepat berkembang dan sudah ada syarikat yang menawarkan perkhidmatan secara dropship.
Dropship ialah salah satu cara untuk berniaga tanpa perlu simpan atau beli stok produk sendiri. Jadi anda tiada risiko lebihan stok akibat produk tidak laku. Berikut ialah salah satu carta alir bagaimana sistem dropship berfungsi sepertimana yang ditawarkan oleh SinarNiaga.Bagi Kha, sistem dropship ini sangat sesuai untuk para pelajar atau sesiapa sahaja yang sibuk dengan tugasan lain,tetapi masih ingin berbisnes online secara sampingan. Hal ini kerana semua urusan pembungkusan produk dan penghantaran dilakukan oleh pihak dropshipper.
Apa yang anda perlu buat ialah cari pembeli,dapat bayaran, dan selebihnya diuruskan pihak dropshipper.
Akhir kata dari Kha, bisnes secara dropship ialah bisnes yang paling mudah dan senang. Risiko kurang,tanpa modal dan untung anda sendiri tetapkan!
Mohd Isa says
sinar niaga? cam mana tu? cam ebay gak ke?
ohduit says
Sinar Niaga akan uruskan semua peghantaran produk. Kira macam tolong jual, untung simpan sendiri.
Mohd Isa says
kira kita tlg jual produk depa jelahkan?
june says
macam mana kite nak mulakan?kne daftar ke,ape? :-S
atyka says
x tau mcm mn nk buat web .
ohduit says
Tak perlu buat web. Jual sahaja di laman sedia ada seperti eBay & lain-lain