Minyak masak SAJI ialah salah satu produk berkualiti yang dikeluarkan oleh FGV Holdings Bhd melalui anak syarikat Delima Oil Product Sdn Bhd. Produk minyak masak SAJI ditapis daripada olein minyak kelapa sawit (Refined Bleach Deodorized – RBD Palm Olein ) dan kaya dengan Vitamin E. Wajib menjadi pilihan seisi keluarga untuk medium masakan tanpa risau akan berlaku perubahan rasa masakan, dan menjadikan masakan menjadi semakin sedap.
Ramai pengguna Malaysia yang memberikan maklum balas bahawa minyak masak SAJI masih mampu mengekalkan kualitinya walaupun sudah banyak kali digunakan untuk masakan. Warna minyak tidak banyak berubah selepas beberapa kali diguna. Memang padanlah dengan kualitinya.
Kandungan Minyak Berkualiti
Kandungan minyak masak SAJI ini bebas kolesterol dan sesuailah untuk pilihan memasak buat pengguna yang risaukan kolesterol. Anda boleh lihat kandungan malumat khasiat minyak masak SAJI di bawah:
Anda boleh perhatikan kandungan Vitamin E yang tinggi iaitu 50mg setiap 100gram minyak. Khasiat Vitamin E ialah baik untuk kesihatan kulit, dan bertindak sebagai akti-oksida lemak tepu. Selain itu Vitamin E bertindak sebagai pengawal selia enzim badan memainkan peranan utama dalama perkembangan otot.
Sokong Produk Minyak Masak SAJI
Di pasaran sekarang memang ada banyak jenama minyak masak lain, namun begitu sokonglah produk minyak masak SAJI ini. Hal ini kerana minyak SAJI ialah salah satu minyak berkualiti keluaran syarikat yang diyakini halalnya iaitu FGV Holdings Berhad (Sebelum ini dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad).
Kalau kualitinya memang terbukti marilah ramai-ramai berubah kepada minyak masak jenama SAJI. Mungkin anda ada review serta pandangan tersendiri tentang minyak masak SAJI ini, boleh kongsikan di ruang komen.
Facebook Comments