Baru-baru ini ayah & bapa saudara Kha telah memulakan project membina rumah burung walet. Jadi Kha pun turut serta dengan membuat kaji selidik tentang project keusahawanan ini. Menariknya,jika memang betul kena pada keadaan, hasil pendapatan boleh mencecah pendapatan RM40k sebulan!
Untuk usahawan internet jom kita jenguk-jenguk pula apa peluang keusahawanan offline yang menguntungkan ini.
Berikut ialah beberapa persolan biasa FAQ tentang Keusahawanan Burung Walet. Kha ambil source informasi ini dari internet & credit untuk penulis asal & sumber asal(maaf yer,Kha lupa ambil artikel ini dari mana.. 🙂
1.Apakah yang dikatakan burung layang-layang (walet)?
Burung walet atau Aerodramus Fuchipagus adalah burung pemakan serangga yang mampu terbang dengan kelajuan dan pergerakan yang cepat. Ia tidak boleh mendarat di tanah atau hinggap pada dahan pokok kerana kakinya yang pendek dan biasanya boleh didapati di gua-gua pinggir hutan, sawah, habitat yang berkayu serta di kawasan pantai atau lombong. Burung ini mampu terbang dalam kegelapan melalui kaedah ‘eccholation’ dan membuat sarang menggunakan air liurnya.
2. Adakah industri perniagaan ini sah di sisi undang-undang?
Ya, ia merupakan satu peniagaan, pelaburan dan industri yang sah yang mendapat perhatian serta diikitiraf oleh pihak kerajaan dengan penglibatan pihak Jabatan Perhilitan, Jabatan Veterina (Haiwan), pihak berkuasa tempatan serta Kementerian Kesihatan. Pihak Jab Veterina juga ada menerbitkan sebuah buku bertajuk Garis Panduan Amalan Penternakan Burung Walit (GAHP) untuk dijadikan panduan dan asas kepada pengusaha.
3. Berapakah pulangan pelaburan yang boleh didapati melalui sebuah rumah burung walet yang berjaya?
Anggaran pendapatan sesebuah rumah burung walet berkeluasan 20’ x 70’ x 2 tingkat adalah RM40-RM60k sebulan atau 10-15kg sebulan selepas tempoh matang atau kebiasaannya selepas tahun ke-4.
4. Bagaimanakah kawasan yang sesuai untuk membina rumah burung dan menjalankan pembiakan burung walet?
Kawasan pembiakan burung walet yang sesuai adalah di kawasan habitat yang berkayu seperti pinggir hutan, ladang kelapa sawit, sawah, tepi pantai dan kolam atau lombong yang mempunyai potensi pemakanan seperti serangga dan sumber minuman yang banyak.
5. Perlukah sebuah rumah bururng walet dipasang bunyi suara burung berterusan (24 jam) sejak beroperasi?
Rumah burung walet dibenarkan dipasang bunyi dalaman burung walet selama 24 jam tetapi bunyi luaran hanya perlu dipasang pada waktu-waktu tertentu sahaja iaitu pagi (7.00pagi – 12 tengahari) dan petang (5.00 petang -7.30 malam).
Waktu tersebut adalah waktu yang disyorkan oleh Jab Veterina dan kekuatan bunyi (decibel) pula di antara 0.0525dB – 0.1578dB atau frekuensi 1khz – 16khz iaitu di bawah pendengaran manusia.
6. Adakah jangkitan penyakit seperti selsema burung boleh berlaku?
Selesema burung tersebar disebabkan sisa kotoran najis di atas tanah yang dimakan oleh binatang ternakan seperti ayam sebaliknya burung walet mencari makan di udara. Namun, sisa kotoran najis burung di dalam rumah burung perlu dibersihkan secara berkala bagi mengelakkan hama atau penyakit lain boleh merebak.
7. Saya memiliki sebuah rumah kedai 20’ x 70’ x 2 tingkat dan ingin mengubahsuai rumah tersebut kepada rumah burung walet. Apakah yang perlu saya lakukan dan berapakah anggaran kos yang diperlukan?
Lesen mengubahsuai bangunan perlu diperolehi dari pihak Majlis Daerah terlebih dahulu seterusnya pihak perunding yang dilantik perlu membuat lawatan dan penilaian ke atas rumah kedai tersebut sebelum pengiraan jumlah anggaran kos dibuat serta mengenalpasti adakah rumah burung sesuai dibina di kawasan tersebut. Anggaran kos adalah berbeza antara sesuatu tempat bergantung kepada lokasi dan kedudukan kedai tersebut.
8. Sarang rumah vs sarang gua.. apakah perbezaan antara keduanya?
Sarang rumah berwarna putih dan lebih bersih serta terdiri dari 85-95% air liur dengan harga yang tinggi sedangkan sarang gua biasanya berwarna hitam dan lebih kotor di mana 85% adalah bulu atau pelepahnya pada harga nisbah 1:5 lebih rendah berbanding dengan sarang rumah.
9. Bolehkah burung walet ini diternak dan bagaimana boleh kita mempelajari tentang penternakan burung walet?
Kehidupan asal burung walet adalah burung yang terbang bebas dengan mencari makan sendiri secara semulajadi sebaliknya jika diternak, makanannya yang terdiri dari serangga perlu disediakan dan kos akan bertambah serta tidak efektif dan apabila burung tersebut meningkat dewasa ianya akan kembali membesar secara semulajadi.
10. Bagaimana boleh saya mengenalpasti atau mengira jumlah burung walet yang telah melawat rumah burung walet saya?
Jumlah burung walet boleh dikenalpasti dengan memerhatikan dan menanda tompokan tahi burung yang terdapat di lantai, ini bermakna pada malam hari ada burung walet tidur di dalam rumah tersebut.
11. Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan sarang burung berwarna merah?
Sarang merah terjadi disebabkan serapan mineral dari makanan laut (kandungan zat besi yang tinggi) serta banyak terdapat di kawasan Borneo dan bukan disebabkan burung tersebut kepenatan sehingga mengeluarkan darah.
12. Siapa dan apakah pemangsa utama burung walet?
Pemangsa semulajadi bagi burung walet adalah cicak, lipas, tikus, helang, burung hantu, biawak dll tetapi manusia (pencuri sarang burung) kini merupakan pemangsa yang utama.
13. Rumah burung saya telah dibina 6 bulan yang lalu dan mempunyai suhu, kelembapan dan pencahayaan yang sesuai tetapi mengapa burung walet masih tidak berminat untuk membuat sarang?
Rumah burung yang berjaya bukan sekadar perlu diadaptasikan suasananya seperti gua tetapi memerlukan ruang legar (rooving room) untuk berpusing atau terbang yang sesuai (minima 10’x10’) di samping sistem bunyi yang mampu menarik minat burung walet untuk bermain dan membuat sarang. Susunan kayu beluti juga perlu selari dengan ruang masuk serta banyak faktor lain lagi yang turut menyumbang kepada minat burung walet untuk berdiam.
14. Apakah material atau bahan binaan yang paling sesuai untuk mendirikan rumah burung walet samada menggunakan bata merah, bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’?
Penggunaan bata merah (tanah liat) adalah paling sesuai berbanding bata pasir, bata blok atau dinding ‘foam’ kerana ianya terbukti dapat menstabilkan suhu dalaman rumah burung pada waktu siang dan malam serta mempunyai aroma atau bau tanah yang bersesuaian dengan kehendak burung. Sebaliknya dinding ‘foam’ (campuran simen + pasir + bahan kimia) lebih digemari di kawasan pendalaman dan kosnya lebih murah tetapi tidak begitu sesuai di kawasan terbuka.
15. Apakah caranya untuk meningkatkan mutu dan kuantiti sarang burung dalam sebuah rumah burung yang telah mempunyai hasil?
Mutu sarang burung dapat ditingkatkan dengan mengawal suhu pada kadar 25-29 darjah Celcius dan kelembapan antara 85-90% di samping kebersihan dan keadaan dalam rumah burung perlu dititikberatkan. Kuantiti sarang burung pula dapat ditingkatkan dengan menambah kayu meranti samada secara rak berlapis/bertingkat atau ditambah satu lapisan lagi tetapi ketinggian rumah burung tersebut mestilah >8 kaki. Di samping itu hasil sarang burung juga dapat dituai 2x sebulan selepas tahun ke-5 dan seterusnya.
16. Mengapakah masih terdapat banyak rumah burung walet yang gagal dan apakah kesilapan yang sering dilakukan?
Kurangnya pengetahuan, pengalaman dan kajian terhadap teknik-teknik dan kesesuaian mengikut kehendak burung menyebabkan faktor utama kegagalan sesebuah rumah burung walet. Ramai yang mendakwa seorang kontraktor binaan mampu membina sebuah rumah tetapi tidak untuk rumah burung. Rumah burung juga memerlukan penyelenggaraan yang berkala dan berpengalaman bagi mengekalkan suhu, kelembapan, cahaya, kebersihan, kualiti bunyi dll adalah pada tahap maksima.
17. Jika semakin banyak rumah burung didirikan setiap bulan, apakah kemungkinan terdapat lebihan penawaran sarang burung di pasaran dunia?
Indonesia (60%), Thailand (20%), Malaysia (7%)dan lain-lain Negara (13%) merupakan pengeluar utama sarang burung cuma mampu menyumbang 30% dari permintaan pasaran dunia dan burung walet ini tidak terdapat di tempat lain sedangkan permintaannya bertambah setiap tahun.
18. Adakah sarang burung walet ini halal dimakan?
Sarang burung walet adalah halal untuk dimakan dan anda bolehlah merujuk dengan jabatan yang berkaitan (JAKIM) untuk mengesahkannya.
merah says
emm..burung walet. ini kali pertama dengar nih.. :aie: :aie:
enkha says
Burung wallet aka Burung Layang-Layang..:D
dla says
enkha,
very interested!
nak tny, dekat mana(negeri) ayh kha bina rumah walit nih?
enkha says
Sarawak Bumi Kenyalang 😀
ejay says
sy ader tanah..cne nk wt burung walit tu..modal besar x..teringin gk nk wt drpd tgk tanah tu terbiar jek..blh bg pendapat x..
enkha says
Buat rumah/rekabentuk rumah walet ada cara tersendiri. Modal bergantung kepada bahan binaan yang digunakan,bina sendiri/upah contraktor serta kos-kos lain seperti sistem bunyi. Bagi saya tiada salahnya mencuba perniagaan ini kerana hasil yang lumayan bakal anda dapat…:)
ddy says
saya ingin bertanya ttg keluasan 20 x20 kaki ada ka sesuai utk luas rumah burung.nak buat besarduit tiada.tapak atas bukit tpi hutan bersebelahan dgn sawah padi,sesiapa yg berminat utk berkongsi sila cl aku 0168123421
Mader says
kat area mane ni bro..
nazirul says
salam..sy dr pahang berminat utk projek burung walit ini.sy ada tanah di ladang kelapa sawit.amat sesuai dijadikan kawasan rumah burung.berjauhan dengan rumah orang.lokasi ladang bukit.keluasan 10ekar.sesiapa yang berminat utk membina tapak atau berkongsi dengan saya sila hubungi sy.nazirul:012-9659237
nazirul says
email saya:secret_rul86@yahoo.com
aku347 says
sy berminat dgn bisnes burung walit ni tp mcm nk dapatkn modal?..ada x institusi kwangan(private or gov) yg menyediakn pinjaman untuk bakal2 usahawan burung walit yg berminat bg memulakan bisnes ini?..
Mader says
boleh pergi ke agro bank… sekarang dah ada peruntukan pinjaman untuk pengusaha sarang burung walet…
chang wqf8123 says
saya berminat dgn bisnes burung walit tapi tahu nak mula dari mana ?
Mader says
aku pernah beberapa kali menghadirkan diri dalam seminar dan talk pasal burung walet ni…tapi nak mula sampai sekarang tak cukup modal lagi.. yela..nak cari tanah lagi..hehe..tapi semua tu bukan alasan..aku akan teruskan mencari peluang.. 🙂 🙂
en.KHA says
Teruskan usaha..memang berbaloi2..rasa kalau makin dilambatkan semakin kerugian ..
farhana says
Saya ada tanah y boleh di sewa area beaufort sabah utk tapak bina sarang burung..kawasan strategik..byk burung berdekatan hutan dan sungai..boleh wtapps call d 0146734520
udaDara says
salam…sy berminat ttg peternakan burung walet..dh ade tanah tepi lombong..tp nk tau kos utk sebuah rumah burung keluasan 20x70x2tingkat..?? sape blh bantu… help..help..
en.KHA says
Rasanya ada pinjaman Agro Bank..cuba tanya ..
mazlin says
boleh, dtg jumpa i kat swk. ambik 😀 cos sekali.
azimi says
aslkm..kepada pembeli yang ingin mencari tanah untuk burung walet dipulau langkawi..emal
Barokahniaga@gmail.com…
azman says
nak tahu tentang burung walit..blh kunjungi fb sy..
Man.Aladdin@yahoo.com.my
kt sembang kt situ
azman says
saya dah mulakan satu dekat kelantan…
sebelah pantai timur burung banyak dan sesuai untuk pelaburan masa depan
shah says
saya dah 3 masuk 3 tahun buat bisnes ni.saya di pahang..kalo berminat nak tahu.petang ngn mlm tepon la.ade modal tapi takde tanah.ada kemudahan tapi tak tau mana nak mula..
firdaus says
Salam..saya ada tanah sesuai untuk membina rumah burung walik kerana terdapat banyak burung di sekitar tersebut, dan telah diuji,..berdekatan sungai serta berhadapan jalan. berminat hubungi firdaus di 0139854210.
geran ada pada saya.
nurul says
salam.. kepada yg bminat untuk menceburi bidang perusahaan walit nie blh hubungi sy 0134348515 atau blog agwalittrainingcentre.blogspot.com tq..
firdaus says
tanah untuk dijual di sekitar bera pada keluasan 1 1/4 atau (1 ekar suku).
Status Freehold, Bumiputera.
Jenis Pertanian. Juga Sesuai Untuk Dibangunkan Rumah Burung Walit Kerana
Terdapat Banyak Burung Walit Di Tanah Tersebut dan Telah diiktiraf pejabat
Verterinar.
Terdapat Akses Jalan Tar Ke Tanah Tersebut.
juga berdekatan sungai.
Nilai Tanah RM63,000 (keseluruhan tanah)
Berminat hubungi firdaus di 013-9854210
* tanah milik saya (bukan broker)
* buyer serius only
hadzman says
saya ada tanah di area tuaran sabah untuk dimajukan sesuai untuk membuat rbw . disini saya ingin bertanya ada kah institusi kewangan yang boleh membantu untuk membuat pinjaman kewangan. dan berapa kos kalau ingin membina rbw… kepada rakan2 yg beminat dalam industri ini dan ingin berkongsi dgn saya adalah amat dialu alukan… jika berminat hubungi saya di talian 0168190104 …
mira1983 says
d rumah ku ada sepasang burung layang2.ia bersarang di dalam bilik kosong di mana aku jadikan bilik stor aku dan juga dijadikan tempat menjemur baju aku..hehe.. dulu ia buat sarang dari rumput..sarang rumput katakan. aku nak halau tapi tak sampai hati pula aku kerana burung layang2 ni kan ada sejarah dalam islam. sekarang aku lihat sarangnya dah berubah sarang rumput campur putih. aku fikirkan putih tu dari cat rumah aku.. putih tu macam agar2 yg keras. nak kata sarang burung yg boleh makan tu tapi sarang ni bukan putih sangat pun,ianya bercampur dengan rumput. aku nak tau,tu sarang boleh makan ke? kalau boleh,aku nak makan lah…hahaha. tak nak jual,guna sendiri. 🙂
muliani says
perghh mmg terbaik lah post oh duit..
nasslimdiet2 says
Indsutri burung walet memerlukan ketekunan dan kesabaran untuk menuai hasil. Tidak semua rumah burung walet akan mengeluarkan hasil. Perlu buat perancangan yang teliti pemilihan lokasi dan pembinaan rumah burung walet. Dinasihatkan jangan membuat pinjaman untuk projek seperti ini kerana tempoh yang lama untuk mengeluarkan hasil (3-4 bulan).
nasslimdiet2 recently posted…Kebaikan GC Tea
Suandi says
Aslkum saya berminat dgn perusahaan rbw ni tlong bg inform dlm whasapps bergmbr dan bila di adakan kursus untuk tahun 2016 ni..bgtau saya di nombor 0128233499
Garreth says
Hi saya dari sarawak. saya nak tanya ada tak produk misalnya yang saya dengar hormon untuk menarik minat burung walit untuk bersarang? adakah produk ini ada di jual di malaysia?
Khirol Hazwan says
ada dijual, kena tanya orang yang sudah berpengalaman dalam bidang ini
Khirol Hazwan recently posted…Cara Bayar Pinjaman PTPTN melalui Maybank2u
Never2late says
Hai…nak tumpg tny..da pgusaha burung nk dirikan rumh burung dtanah parent sy.mcm ney nk kira keuntgn dr sia..dr segi sewa tanah elektrk n air or wat…tgh blur…if nk dptkn maklumt or info tperinci psl tok dr which agensi??
Sayfiq says
Hai admin..Adakah kursus untuk perniagaan burung walet diwujudkan??berapa kos kasar permulaan untuk memulakan projek nie??dengan sape sy hendak refer kalau berminat?
Tq admin
nizam says
Salam..
Sy ada dlm perancangan untuk buat bisnes sarang burung secara JV.
Saiz lantai rumah 140 kaki × 50 kaki x 3 tingkat.
Pm 0132002361 untuk maklumat lanjut.
solehuddin says
sapa yng mempunyai modal 90K..total rumah burung 130k..untuk menceburkan diri dalam burung walid tapi takde tanah boleh contact saya. 50%investor 50% tuan tanah dan syarikat … ..agreement mati stem 3o tahun untuk kutip hasil…kluasan sarang burung 30×50 kaki 2 tingkat..setelah matang pendapatan 16 kg sebulan…sekilo rm5000..boleh contact saya klo berminat tgok2 kawasan ,kawasan mmg banyak burung..dan sekitarnya telah mempunyai lebih 15 biji sarang burung yang semuanya membuahkan hasil..
RONALD ANAK DJINDY says
saya berminat ingin menceburi bidang pengusaha sarang burung walit ini. dalam masa yang sama,saya tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk bergelar sebagai usahawan berjaya. jadi apa yang saya patut buat jika saya ingin menceburi bidang pengusaha burung walit ini. adakah kursus tertentu yang perlu saya sertai. kalau boleh saya ingin mempunyai seorg yg boleh guide atau dimana saya boleh merujuk. saya mempunyai beberapa hektar tanah di kampung yang masih terbiar dan belum diusahakan. dan ada antara tanah tersebut telah ditanami oleh sawit dan pohon getah. adakah tempat itu sesuai utk didirikan rumah burung? saya adalah org borneo dan seorg golongan bumiputera. kalau boleh,saya minta tunjuk ajar dan boleh pihak tuan memberitahu berapa jumlah yang perlu ada jika ingin berjinak-jinak dalam bidang pengusaha burung walit ini. terima kasih!
aynizzati says
berminat dlm industri walet bisnes y mguntungkan. boleh pm saya 0195926729