Begitu lama dah dah tak menulis sesuatu di blog ini. Bagaimana agaknya cerita rakan-rakan eBayer sekalian? Harap-harap masih lagi teruskan perjuangan di eBay dan lebih mantap dari sebelum ini. Sebelum itu Kha nak ucapkan selamat berpuasa dan tak lama lagi nak beraya Aidilfitri. Tak sabar rasanya nak balik beraya kan?
Oh! Segalanya menjadi perlahan sebenarnya berkaitan dengan beberapa perkara yang penting. Perkara yang patut diperlahankan dan perkara yang tak patut diperlahankan!
Jadi apa kesimpulan yang Kha dapat ambil ialah,akaun terlalu baru tidak patut terus melakukan jualan. Perlu melepasi tempoh matang akaun terlebih dahulu. Tempoh matang akaun dapat diukur melalui pemberian feedback!
Mungkin ramai yang tergesa-gesa nak start berjual tanpa menghiraukan kepentingan feedback. Berikut ialah beberapa kepentingan mengapa perlu feedback untuk akaun eBay baru.
- Dapatkan 5 positive feedback untuk membolehkan anda menjual menggunakan format Fixed Price!
- Dapatkan 10 feedback positive untuk membolehkan anda membuka Store eBay (eBay Malaysia)
- Memberikan keyakinan kepada pembeli untuk beli barangan anda!!
So cara terpantas anda boleh dapatkan feedback sebelum berjual ialah dengan membeli barangan yang murah di eBay! Keluarkan modal sedikit untuk ke arah itu. Agak menyesal juga Kha agak tergesa-gesa nak guna akaun baru.Lepas ini perlu perlahankan!! Mujurlah ada banyak lagi backup account..hehe 😀
Seterusnya ialah berkaitan dengan perkara yang tak patut diperlahankan. Perkara yang paling utama ialah jangan perlahankan update blog. Perkara ini memang patut Kha elak & anda sebagi blogger juga perlu buat!!
Jangan lambat-lambatkan pembelian product berkualiti dari Sifu-sifu biz. Jika dilambat-lambat anda pasti ketinggalan beberapa perkara yang penting!!
Last sekali jangan melambat-lambatkan process order barangan & hantar barang jualan kepada pembeli anda. Kalau boleh order setiap hari.Jika terpaksa tunggu pastikan tidak melewati tiga hari. Penting untuk pengguna tegar dropshipper!
Sampai di sini dulu dari Kha & mampu ditulis setakat ini. InsyaAllah adan ilmu baru yang berguna Kha akan kongsikan lagi di blog ini. Sekian.:D
Facebook Comments