Categories: Nota SEO

Pakar SEO Malaysia

Siapakah Pakar SEO Malaysia? Persoalan yang selalu ditanya oleh sesiapa yang ingin mendalami ilmu-ilmu SEO di Malaysia ini. Namun begitu jawapannya, tiada siapa yang betul-betul boleh jawab. Sebabnya ialah Pakar SEO Malaysia tidak akan muncul secara terang-terangan di arena SEO Malaysia!

Dulu saya sendiri pernah bercita-cita untuk menjadi “Pakar SEO Malaysia”. Turn out this dream betul-betul tak semudah yang disangka. Saya habiskan masa satu tahun lebih selepas habis belajar dengan mempelajari dan cuba sendiri ilmu SEO. Namun begitu masih juga tidak capai apa yang boleh dianggap sebagai Pakar dalam SEO. Kemudian saya slow-down, then terus berhenti cuba ilmu-ilmu baru SEO. So that, sekarang itu hanyalah mimpi.

Pakar SEO Malaysia yang misteri bersembunyi di sebalik topeng

Kalau sesiapa boleh anggap dirinya pakar SEO Malaysia, dia pasti sudah boleh buat duit banyak dari Google. Rank 1st untuk keyword-keyword berharga pasti berikan duit yang banyak. Tak perlulah dah nak jual diri sebagai “Pakar SEO Malaysia” atau dengan ebook-ebook merapu.

Mungkin ada yang anggap ingin kongsi ilmu dengan orang lain. Namun begitu, jika anggap diri sendiri Pakar SEO Malaysia, terlalu overrated jika hanya kongsikan benda asas SEO serta teknik yang lapok.

Dunia SEO sentiasa berumah cepat, setiap hari sentiasa ada perubahan strategi dan cara.Hal ini kerana permainan SEO sentiasa berubah dari masa ke semasa, seiiring dengan perubahan algorithm dari Google.

Kunci untama untuk Berjaya dalam SEO ialah mengetahui asas-asas SEO, kemudian cuba sendiri dengan strategi sendiri. Asas-asas SEO boleh dipelajari sendiri melalui forum, video, social media di internet. Memang membaca itulah sumber utama untuk ilmu SEO. Lepas baca dan faham kena buat test sendiri, barulah lebih tahu bagaimana SEO berfungsi dan bekerja.

Sesiapa boleh claim diri dia  Pakar SEO Malaysia. Namun begitu, lihat profile web dan blog dia. Berapa banyak web page dia yang boleh rank di enjin carian. Mungkin ada yang rahsiakan “money page” dia, tapi sendiri-sendiri tahulah. Bolehkah saya claim diri saya “Pakar SEO Malaysia” jika satu page pun tak rank dalam SERP. Tepuk dada tanya selera.

Namun begitu, saya suka orang yang kongsikan ilmu SEO dia dengan yang lain secara percuma.  Bagi saya dialah Pakar SEO Malaysia yang sebenar.

Khirol Hazwan

Khirol Hazwan bin Affendi ialah pengasas dan penulis di ohduit.com.

Leave a Comment

View Comments

Share
Published by
Khirol Hazwan

Recent Posts

Invest Ergo ERG in 2024?

The worthiness of an investment in ERG or any other cryptocurrency is subject to various…

5 months ago

T-Rex Miner Unlock GPU LHR 70% Hashrate

Kemaskini terbaru T-Rex Miner versi 0.22.0 kini menawarkan mod unlock kad versi LHR. Dengan kemaskini…

3 years ago

Conflux CFX Naik Lebih 140% Dalam Sehari

Conflux (CFX) ialah Defi ekosistem kedepan yang melangkaui sempadan, dengan kebolehan kolaberasi pelbagai rangkaian "blockchain"…

3 years ago

Hasil Pelaburan Kriptowang

Kriptowang ni ada beberapa perkara yang orang fikir, boleh untung ke, atau tidak. Seperti mana…

3 years ago

Cara Mining Kriptowang Ergo (ERG) di PC Gaming

Ergo (ERG) ialah salah satu projek Proof OF Work (POW) yang berpotensi untuk menggantikan Ethereum…

3 years ago

Jargon Kriptowang Yang Perlu Anda Tahu

Mula menceburi pelaburan kriptowang, antara perkara terawal anda perlu belajar ialah Jargon ataupun Istilah yang…

3 years ago

This website uses cookies.