Pacuan empat roda 4×4 ialah transport utama di kepulauan Borneo sini. Maklumlah keadaan jalan yang agak kurang kualitinya berbanding jalan di Semenanjung Malaysia. Tak hairan jugalah kadar roadtax untuk pacuan empat roda 4×4 sini agak murah berbanding semenanjung.
Saya sendiri pemilik pacuan empat roda 4×4. Sebab utama saya beli ialah atas sebab keadaan jalan. Senang saya nak bergerak kemana-mana lokasi di Sarawak ini dengan pacuan empat roda 4×4. Ditambah pula dengab lokasi kerja saya yang terletak tengah ladang sawit, memang sesuai pilihan kereta saya.
Jadi kali ini saya akan tulis beberapa pilihan pacuan empat roda 4×4 yang popular, terutamanya di Sarawak sini. Jadi berikut ialah pilihan di kalangan pengguna di tempat saya:
1. Toyota Hilux
Paling popular di Borneo sini. Sebab utama ialah reliability & mudah mendapat spare part. Lagi satu, pacuan empat roda 4×4 ini tetap mendapat resale value (RV) yang tinggi selepas beberapa tahun. Walaupun spec kereta tidak banyak berubah setelah sekian lama, Toyota Hilux tetap menjadi pilihan ramai.
2. Mitsubishi Triton
Triton ialah pacuan empat roda 4×4 yang kedua popular di Borneo. Berbanding dengan Toyota Hilux, Mitsubishi Triton mempunyai design yang lebih futuristic, & lebih kepada banyak design melengkung. Agak selesa duduk dalam terutamanya seat belakang.
3. Isuzu Dmax
Agak popular juga sebagai alternatif kepada Hilux & Triton. Tetapi saya sendiri tidak begitu minat dengan Isuzu Dmax
4. Nissan Navara
Alternatif pickup pacuan empat roda 4×4 yang juga popular. Atas kertas, jumlah torque Navara cukup berkuasa. Design tidak lah hodoh, malah cukup cun kalau pandai ubah. Cuma saya perlu bersetuju, Nissan Navara agak rendah ground clearance.
5. Ford Ranger
Versi terbaru menawarkan ciri-ciri yang menarik termasuklah auto cruise, 6 speed, rain sensor, Stability Control & lain-lain. Salah satu pickup pacuan empat roda 4×4 yang menjadi pilihan ramai.
6. Chevrolet Colorado
Kereta pickup pacuan empat roda 4×4 yang menarik perhatian saya. Design serta spec dan ciri keselamatan yang ditawarkan cukup baik. Cuma masalah yang utama ialah kerisauan susah mencari spare part & resale value yang rendah.
Enam senarai diatas ialah pickup pacuan empat rofa 4×4 yang menjadi pilihan di Sarawak sini. Saya sendiri pakai Toyota Hilux, walaupun bukan kereta idaman.
Syahril Hafiz - Malaysia Best Blog 2015 says
Kereta idaman gua ni pacuan 4 roda. Bro nak tanya, downpayment berapa selesa untuk bayaran ansuran bulanan kalau beli baru. Kalau beli secondhand kereta jenis ni berbaloi tak? Dok survey mudah.my jugak..huhu
Khirol Hazwan says
Biasanya downpayment 10% harga kereta. Semenanjung roadtax agak mahal, untung sarawak sabah sini roadtax murah.. secondhand, terpulang pada individu sendiri.
Syahril Hafiz says
Roadtax mahal sebab kereta luar?? gitu?
Khirol Hazwan says
Semua kereta pacuan empat roda ini cc tinggi, roadtax ikut cc engine
Hero Borneo says
hilux antara paling popular..memang nampak gagah dan berkuasa dijalan raya dalam kelasnya yang tersendiri.
Hero Borneo recently posted…Best Mobile Peluang Terbaik 2015
muliani says
pacuan empat roda mmg terbaik… minat dgn pajero
Daud Mohamad says
wah..saya memang minat dengan pacuan empat roda ni sebab tahan lasak!
Daud Mohamad recently posted…Kisah Di Sebalik Lagu Hari Raya Popular Yang Tak Jemu Menjadi Pilihan Pendengar
Khirol Hazwan says
Tahan lasak itu saya setuju, tetapi ikut model 4×4 juga 🙂
Khirol Hazwan recently posted…Harga Diesel Petrol RON95 RON97 Terkini
nasslimdiet2 says
Saya minat jugak pacuan 4 roda. Pilihan saya Hilux or Ranger.
nasslimdiet2 recently posted…Kebaikan GC Tea
permatamama says
pacuan empat roda yang menjadi impian dan minat saya mitsubishi Triton pastinya.
Amuk says
Saya juga peminat 4×4..terutamanya ranger tp saya skrg hanya miliki hilux lama ln106…lasak tp berat dan memang tk laju..
Dr Fattah says
saya prefer nissan navara, kabin dia luas dan selesa.
Dr Fattah recently posted…Latihan Separa Perubatan Gred U29
Rossa Calla says
Memang Hilux 4wd pilihan. Banyak lagi model terbaik kini seperti NAvarra juga amat bagus begitu juga Triton
Rossa Calla recently posted…Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan Piala Malaysia 17 Oktober 2015
Peminat 4x4 says
apa perbezaan 4×4 2000cc dan 3000cc? selain roadtax murah dan power berbeza.
mie says
good info!mana 4×4 yg lagi jimat minyak?
BestHoward says
I see you don’t monetize your blog, don’t waste your traffic,
you can earn extra bucks every month because you’ve got hi
quality content. If you want to know how to make extra bucks, search for:
Ercannou’s essential tools best adsense alternative
BestHoward recently posted…BestHoward