Ramai usahawan yang berjaya menjadi jutawan melalui produk kecantikan dan kesihatan. Datuk Seri Vida ialah usahawan yang paling dikenali hasil kejayaan barisan produk Pamoga Qu Puteh. Malah ramai lagi yang terut berjaya melalui jualan produk yang berkonsepkan kesihatan atau kecantikan.
Melihat kepada fakta di atas, produk yang berkonsepkan kesihatan atau kecantikan memang mendapat permintaan yang tinggi. Faktanya, semua orang nak cantik, nak sihat. Ada nya demand ini, maka supply pun kena seimbangkan.
Oleh itu, ramai yang ingin menjual produk sendiri yang berkonsepkan produk kesihatan dan kecantikan. Ada yang mulakan dengan rebrand sesuatu produk atau mencipta sendiri produk baru melalui kerjasama dengan penyelidik-penyelidik di universiti. Tidak kurang yang mencuba nasib dengan mejadi affiliate atau supper stokis untuk sesuatu produk.
Produk kesihatan atau kecantikan boleh popular dengan promosi word of mouth marketing. Sistem affiliate atau Multi Level Marketing juga strategi biasa dalam promosikan produk. Namun begitu dengan era zaman social media, kuasa viral boleh menjadi senjata utama promosi sesuatu produk.
Apabila bercerita pula tentang blog dan SEO (Search Engine Optimization) , ramai lupa bahawa cara ini juga mempunyai kekuatan sendiri. Pengguna mencari review, pengguna akan “Google”. Pengguna mencari panduan atau persoalan, pengguna akan “Google”.
Jadi promosikan juga produk kesihatan atau kecantikan anda melalui blog dan SEO. Ada yang blogger memohon bayaran untuk melakukan advertorial atau review, ada juga yang memberikan perluang Advertorial Percuma kepada anda.
Tuntasnya, pelbagaikan cara mempromosikan produk kecantikan atau kesihatan anda.
Khairul Zamri says
Ramai yang nak jadi power SEO, tapi malas mencari ilmu, mencari dan mengkaji.
Khairul Zamri recently posted…Cara Buat Iklan Facebook Yang Efektif
Cantika says
Cantik itu indah, dambaan setiap wanita, ayo siapa mau canti?? 🙂
Cantika recently posted…It is definitely my favorite place
Azwan says
Walaupun tak sehebat Dato Vida yang mampu bayar berjuta ringgit GST, sudah ramai generasi usahawan baru yang berjaya tampil dengan produk sendiri dan kini sedang bangun menempa nama.
Azwan recently posted…Bagaimana menghasilkan dan memasarkan produk kosmetik jenama sendiri?
Cik Jaja says
Bercakap pasal produk kesihatan dan kecantikan nie, should be mesti selamat lah kan, jangan merisikokan pengguna pula 🙂
Shai Ryan says
Personal branding perlu power. Dan juga faktor trustability. Perlu menjaga kepercayaan pengguna umum dengan sebaik mungkin. 😀