Melalui contest seo Malaysia Best Blog 2015 yang saya anjurkan sendiri, saya paling suka membaca tentang bagaimana para peserta menulis tantang OhDuit.com. Bermacam-macam yang peserta tulis tentang KH & blog ini untuk memenuhi syarat artikel Contest SEO Malaysia Best Blog 2015. Oleh itu, kali ini saya akan cerita sendiri siapakah Khirol Hazwan & OhDuit.com

OhDuit.com Semenjak 2009!
Blog Ohduit.com sebenarnya sudah wujud semenjak bulan Julai tahun 2009. Jadi sekarang, usia blog ini sudah mencapai 5 tahun 6 bulan. Pada permulaan blog OhDuit.com ini hanya fokus kepada penulisan pengalaman sendiri dalam bisnes online terutamanya eBay & bisnes offline.

Nama Ohduit.com ini sebenarnya diilhamkan dari blog BlogOhBlog.com yang dijual pada harga yang tinggi pada waktu itu. Mungkin selepas itu, semua blogger seakan fanatik dengan meletakkan “Oh” di depan domain name mereka. Kebetulan pula blog-blog di bawah Oh! Media tengah diera kemuncak pada waktu itu. Founder Oh! Media itu namanya Khai juga, tapi itu bukan saya ya.
OhDuit.com Tak Feymes Pun?
Ya, memang tujuan saya menulis blog ini pada awalnya untuk hanya update & berkongsi pengalaman saya sendiri dengan bisnes online & offline. Jadi saya tidaklah impikan untuk menjadi #Retis dan #feymes
Namun begitu, saya suka melihat perkembangan dunia blog di Malaysia. Semakin ramai yang menulis & semakin ramai yang menyedari bagaimana blog itu boleh menjadi sumber pendapatan buat mereka. Saya suka jadi silent reader ja.
Dan sampai sekarang, saya masih tidak inginkan populari. Bagi saya, apa yang penting blog itu boleh menjadi medium yang baik dalam mencari ‘networking’ dan kawan-kawan baru yang mempunyai minat yang sama.
Cuma selepas tamat belajar, saya cuba mendalami ilmu blog iaitu SEO secara serius dan mendalam. Sampai hari ini, saya tetap mempunyai minat yang mendalam dalam SEO, sehinggalah membawa kepada pengajuran Contest SEO Malaysia Best Blog 2015.
Siapa Khirol Hazwan Jika Tidak Menulis OhDuit.com?
KH merupakan lepasan Bachelor Degree in Mechatronic Engineering (Honours) dari unversiti jauh di utara semenanjung Malaysia, iaitu UniMAP. Jadi kalau saya tidak menulis blog OhDuit.com ini, saya ialah seorang Jurutera sepenuh masa.
Kini KH sudah berusia 2+ & masih available dengan 4 kouta lagi tu. KH berasal dari Sarawak. Lebih tepat, Sarikei, Sarawak berbangsa Melanau. Setakat ini boleh bertutur dalam bahasa Melayu, English, Melayu Sarawak, Melanau, Iban, Melayu Sabah, & bahasa Utara. Saya boleh berkawan dengan semua jenis orang, bangsa & agama.
Selain itu, saya akan menguruskan bisnes saya di eBay jika tidak menulis OhDuit.com. Perniagaan di eBay saya dibuat secara Dropship, jadi semuanya hanya di hujung jari.
Kerana kesibukan kerja, saya agak jarang menulis & apatah lagi mahu aktif di social media. Namun begitu saya terima sesiapa sahaja untuk menjadi kawan serta networking melalui akaun Facebook saya.
#kalau masih berminat nak tahu KH lebih lanjut, kena tanya tuan badan directly ya..hehe
salam ukhwah, selamat berkenalan saudara 🙂
Ya, selamat berkenalan 🙂
Oh! patutler..
Popular tak semestinya baguskan…?
Tapi kalau dah terrrr… (tak sengaja) popular itukan satu bonus.
Ya.. itu betul 🙂
best jugak bila geng2 unimap jadi blogger tegar tambah lagi si FaizalFredley http://www.faizalfredley.com/
Haha.. itulah, FF ini best ja melancong orang sponser
Salam kenalan dan salam ukhuwah juga..
Salam perkenalan bro 🙂
oh..bro rupanya orang Sarawak juga..salam ukhuwah !
Ya, salam ukhuwah 🙂
Oh selain blogger, masih aktif eBayer tegar la ye.
Yup, masih maintain 🙂
oo..kita satu pulau.. 😀
salam kenal dan selamat maju jaya..
Salam kenal… selamat maju jaya untuk anda juga 🙂
Saya dah lama tak pergi Sarikei.. Tak sangka bro dari sana..
Dulu saya pernah bekerja di Mukah Sarawak selama 5 tahun lebih..
Biasanya kalau saya pergi ke Sibu atau ke Kuching naik kereta sendiri, saya akan singgah di Sarikei…
Kadang tu tak ada sebab pun nak pergi ke situ… Tapi kata orang bila dah berpeluang berjalan dekat Sarawak ni kenalah jalan betul-betul… Bukan selalu pun ada boleh drive sendiri dekat sana…
So sekarang ni bro menetap dekat mana?
Sekarang ini saya bekerja di bahagian Belaga. Kalau cuti saya akan balik Sarikei 🙂
oh… baru tahu. jenuhlah google nak buat entri.
Pengenalan diri yang menarik dan kuota tu bila nak isi?
Kouta tu belum ada calonnya lagi..haha
datang sini dan follow. banyak info menarik 😀
Follow sini juga ya 🙂
Menarik.
Dari seorang engineer menjadi fulltime blogger.
Kepuasan yang penting.
Salam perkenalan. 🙂
Pembetulan sedikit, masih bekerja sebagai engineer 🙂 Half time blogger.. hehe
2 tahun setengah duduk kat kuching.. tahu la sikit2 bahasa sarawak.. jarang orang malaysia amek tahu pasal e-bay.. atau mata saya yang belum nampak pasal tu.. anyway.. salam perkenalan dari orang sabah.. hehe
Boleh bah kalau kau.. hehe
ohh..
main ebay gak rupanya ye..
Ya, lama dah dengan eBay :
tertanya-tanya gak, siapa gerangan penganjur contest Malaysia Best Blog 2015 nie, oowh ini la rupa sebenarnya, sblm nie tahu nama jer
Ya, salam perkenalan 🙂
Owh orang sarawak rupanya. Salam perkenalan dari orang sabah :)..
Boleh ba kalau kau 🙂
Nak tanya bro…. apa agama bro… nanti duk bagi salam , entah2 bro agama lain. Salam ini diucapkan untuk orang islam. Sebenarnya salam tu di bolehkan cuma Assalamualaikum…tu tak boleh.
Jom baca entri berkaitan:
Malaysia Best Blog 2015
Salam perkenalan bro…. lepas ini boleh berkongsi info dan apa saja berkaitan blog dan buat duit.
Jom kunjungi entri berkaitan:
Malaysia Best Blog 2015
salam kenalan,
owh jurutera rupanya… bagus3x… ada kemahiran banyak perkara ni. tak semua mampu tulis blog klu sibuk dgn kerjaya kan 😉
blog ni saya belum habis selongkar… ada ajar teknik ebay ke? dropship ebay dan dropship di malaysia ni ada persamaan tak? saya dah beberapa tahun juga terlibat dgn dropship, alhamdulillah ada la duit poket tambahan 🙂
Lebih kurang sama sahaja konsepnya 🙂
Ooo gitu rupanya alkisah ceritanya. Memang dah femes secara tak langsung.. Kan?
salam perkenalan dari saya ye..
Salam perkenalan 🙂
salam kenl sdra, baru nak perah idea join contest SEO ajuran blog ni…hehhe..sebelum tu kena risik-risik dulu siapa owner Ohduit.com ni..:)
Silakan merisik..hehe
Salam Ukhwah fillah.Saya Kak Anie yang baru dalam dunia blogging. Selamat berkenalan dan syabas kerana idea yang bernas. Semoga berjaya dalam kontes Malaysia Best Blog 2015 .Datang dan support lah ke blog Kak Anie. TQ
Salam perkenalan 🙂
bro gua tak puas hati umur bro tu masih rahsia..hu3..
Hahaha..
Salaam Sdr Khirol,
Saya pun baru terserempak dengan blog OhDuit.com setelah terbaca satu entri pada blog lain tentang contest SEO ni. Saya ucapkan TAHNIAH kepada sdr kerana berjaya menarik minat ramai blogger termasuk juga saya sertai contest ni.
Cuma saya nak cadang sikit (kalau boleh), setelah tempoh contest ni tamat, peluang perlu diberi kepada blogger yg saat2 akhir sertai contest utk cuba naikkan ranking dia dalam Google dgn apa cara yg sepatutnya. Mungkin tempoh 2-3 minggu selepat tamat amat sesuai utk semua blogger yg baru buat entri. So, keputusan utk dapatkan blog mana yg berada dlm raking terbaik Google perlu ditetapkan selepas tempoh tersebut. Macamana pendapat Sdr Khirol dgn cadangan saya. Apa2 pun, tahniah sekali lagi!!
Selepas tamat tempoh penyertaan, peserta ada masa 1 bulan lebih untuk rank keyword “Malaysia Best Blog 2015”, jadi tiada sebab untuk kata masih Google Dance.
Orang sarawak juak duhal…
Cik akak pun orang sarawak juga…
La pandai kakar melanau lah mo…to ck duhal…jauh sekali mak sengat cik akak in…cik akak to sarawak gak eh…salam kenal dari blogger cik akak
cik akak recently posted…Drama Adaptasi Novel Dia Isteri Luar Biasa : Menampilkan Pelakon Drama Asam Pedas Untuk Dia- Shukri Yahaya
Salam kenal, orang Melanau mestilah taou kakar melanau.. hehe
Khirol Hazwan recently posted…Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015
Assalamualaikum KH,salam kenal ya 🙂 bercakap tentang nama blog Oh di depan,saya pun tak tahu kenapa saya pilih oh di depan mungkin sebab nak bagi sedap kot bunyinya hehe,pilihan saya nak letak nama blog sebenarnya “Pilihanku” tapi macam togel je kan,.lepas tu saya letakkan oh di depan menjadi OhPilihanku,memang masa tu tak ingat langsung nama ohMedia,OhDunia,OhBerita dll,..hehe,.tapi oh duit dan ohpilihanku kalau di rapatkan la memang menjadi ayat tu heheehe “Oh Duit Oh Pilihanku “hehehe,.gurau je ya KH 🙂

OhPilihanku recently posted…MALAYSIA BEST BLOG 2015
Bagus juga oh duit jadi pilihan awak 🙂
Khirol Hazwan recently posted…Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015
Blogger & businessman. memang ngam Oh duit hahaha
Mekzumbie recently posted…FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH
wah peniaga tegar Ebay ni.. NIche apo tu hehehehe