Sejak kebelakangan ini saya suka sertai mana-mana contest SEO dianjurkan oleh blogger tempatan. Mentertai contest SEO ini memang seronok sebab boleh menguji strategi SEO masing-masing. Dalam pada itu setiap pertandingan yang saya sertai saya akan gunakan strategi yang berbeza, sebagai contohnya contest terbaru MyKad Smart Shopper.
Melalui pendekatan yang berbeza, saya dapat perhatikan bagaimana kesan sesuatu backlink itu terhadap ranking page. Perkara ini membuatkan saya lebih yakin dengan strategi SEO untuk mana-mana projek di masa depan.
Buat Sendiri Vs Out Source
Kesemua strategi SEO yang digunakan ialah gabungan seimbang antara buat sendiri dengan outsource mana-mana servis SEO. Namun begitu peraturan penting outsource servis SEO ialah anda faham apa servis yang anda beli. Tidak hanya beli sebab tertarik dengan sale page yang ‘nampak’ gempak.
Buat sendiri juga memberikan kepuasan sendiri. Belajar sendiri pelbagai perkra terutamanya penggunaan tool-tool SEO. Tak ada orang lain nak ajar, kenalah belajar sendiri.
Akhir kata, melalui pendekatan serta penggunaan strategi berbeza, pengalaman baru dan ilmu baru dapat diperolehi dalam SEO. Belajar melalui pengalaman, baru anda rasai kenapa ilmu itu sangat berharga!
Facebook Comments