Agaknya dah seminggu Kha tak update blog.Baiklah kali ini Kha nak tulis entri mengenai membuka Store eBay.Tentu yang baru memulakan bisnes eBay tak sabar-sabar nak buka store kan?Untuk yang tak tahu,Store eBay bagaikan kedai maya anda.Manariknya kedai maya anda itu terletak di Shopping Complex di mana pengunjungnya ialah penduduk satu dunia!!
Sebenarnya salah satu strategi untuk menjimatkan kos modal eBay anda ialah dengan membuka store di eBay Malaysia.Jika sebelum ini anda tak tahu,maka tahulah anda sekarang!
Dengan membuka store di eBay Malaysia anda hanya perlu membayar RM12.00 sahaja sebulan untuk subscribeStore Basic.Murah kan?
Tentu anda ingat bahawa jika membuka store di eBay Malaysia barang jualan di store anda tidak akan nampak di eBay US kan?Nampaknya,perkara yang sebenarnya ialah sebaliknya.Barang jualan anda akan tetap keluar di eBay US dan laman eBay negara lain!
Tips dan caranya mudah sahaja.Semua listing anda perlu lakukan di eBay US tetapi Store Management harus dilakukan di eBay Malaysia.
Tetapi ada syarat-syaratnya.Pastikan feedback anda adalah positif 10 dan keatas.Jika tidak anda dikira belum layak untuk subscribe Store eBay Malaysia.
Kenapa harus membuka Store?Jawapanya ialah listing barangan menggunakan format Store Iventory adalah sangat murah iaitu serendah USD0.03 untuk satu barang.Jika anda list 100 barang sekalipun,anda baru sahaja menggunakan USD 3.00!!
Jadi jika anda dah membuka Store impian anda,nasihat Kha letaklah seberapa banyak barang jualan anda di store tersebut.Jangan sia-siakan ‘tapak’ store anda itu.
Sekian dulu..jika ada persoalan rajin-rajinlah letak kat ruangan komen.Kha akan cuba jawab selagi Kha termampu jawab. 8)
Assalamualaikum Kha. Best nama ni. Simple & senang nak ingat.
Tertarik dengan komen Kha di blog Irfan, terus saya singgah di sini. Wah! walaupun muda tetapi sudah matang matlamat.
Salam perkenalan dari saya & Selamat menyambut Ramadhan.
Oh ye. bilamana ada kelapangan jemput singgah di blog saya ye, ada entry terbaru yang memerlukan idea dari orang seperti Kha. Moga idea Kha itu nanti boleh dimanfaatkan oleh pembaca..
Singgah ye…
Terima kasih..eratkan silaturahim dengan budaya ziarah-menziarahi blog ,berbalas idea memalui medium komen & sbgainya..
Assalamualaikum kha. Terima kasih atas kunjungan.
Moga idea itu mencapai matlamat mengujudkan satu budaya blogging yang lebih produktif.
Oh ya, bilamana kha timbul idea, jangan lupa kongsikan dengan kami ye. Maklumlah, idea yang canggih itu boleh hinggap pada sesiapa sahaja.
Semoga impian untuk mendapatkan 100 idea akan tercapai, dan boleh dimanfaatkan oleh semua.
Singgah lagi ye dengan idea kha..
tentu pembaca tertunggu-tunggu idea kha. kerana mereka yang kerap berkunjung ke blog itu semakin saling mengenali antara satu sama lain.
Saya berimaginasi, alangkah seronoknya bilamana setiap hari akan ada cerita baru dari kawan-kawan kita yang sudah berjaya mendaki fasa-fasa tersebut.
Dan pada masa yang sama mereka yang baru hendak bermula. Sudah tersedia 100 idea bagaimana melakukannya…Oh! bestnya..
Salam ceria dan bahagia dari saya…..fathuri.com
Teruskan Maju Jaya..hehe π
tumpang lalu kha..cun la blog bro. info pun menarik. aku nak subscribe lah..hohoho
Terima Kasih..:-)
mak ai da maju da store ko ye wan?? haha
ak skang pun nk aktif semula kat blog, da lame tggal blog sbb mengejar cita2 sebagai ebay seller yang bagus. Nntkan blog baru ak wan.:)
Haha..tak sabar gak nak tengok blog kau..
bro, nak tanya la.. kalau kita subcribe store ebay malaysia…lepas tu nak listing kat US guna format store inventory… boleh ke?
kena melalui web ke? pasal kalau dalam turbo lister comfirm tak boleh..
Boleh..lagi baik listing kat eBay US kerana visibility lebih baik(maknanya akan nampak listing tu di ebay.com-ebay US).Itulah kelebihannya! π
maknanya, kita buka store di ebay Malaysia (ebay.com.my)..tapi masa nk listing, masuk kot ebay US (ebay.com)…mcm tu kan??
Betul..begitulah caranya..dpat jimatkan duit untuk subscribe ebay store..
ahhh…buat blog…lets go to forex.ahaha
Dah pro ajar lah aku..hehehe π
:P..ada blog..maju maju..brg india mau ka
boleh2..kalau boleh laku π
askum bro,
nak tanye sikit, klu kite bukak store ebay Malaysia, and listing sume kat ebay Us. Nanti visitor dari us ke pergi store kita dia akan nampak price dlm Rm ke Usd?
sekian trimas.
Kalau visitor buka guna eBay.com(us) semua listing akan keluar dalam harga USD..harap membantu..
sangat membantu, trimas.
TQ π
Salam…
Terima kasih di atas tips yang diberikan. Kebetulan pula saya juga berrcadang nak buka store di ebay.
Betul ker kalau kita buka store di ebay Malaysia dan listing di ebay.com atau ebay.com.au masih lagi boleh dilihat oleh pembeli di sana?
Assalamualaikum….
Mohon pertanyaan tentang ebay store. Masih relevan lagi tak tips ni untuk masa sekarang?
Kalau kita buka store ebay Malaysia dan listing di ebay US atau Australia, pembeli di US @ AU boleh lihat listing kita.
Harap dapat berikan maklumbalas.
Tidak, melainkan pembeli pergi ke ebay Malaysia iaitu ebay.com.my
Terima kasih.
Maknanya kena buka ebay store US lah kalau nak listing barang di US.
Betul-betul π