Menulis blog tanpa diselitkan elemen media seperti gambar akan menjadikan blog anda tidak menarik. Namun begitu macam mana nak dapatkan gambar yang menarik untuk diletakkan di blog?
Ada cara lama ialah dengan Google image. Cara ini saya suka buat waktu dulu-dulu start berblog. Cara ini masih praktikal, namun begitu kena tune sedikit teknik carian image Google.
Gunakan Search Tool untuk specify lebih detail gambar yang anda mahu. Kebiasaannya, saya akan cari letakkan Size ke Medium, sebab saya tak mahu gambar resolusi terlalu besar untuk blog.
Anda boleh juga cuma beberapa filter lain pada Search Tool seperti Color, Type, & Usage Right.
Selain daripada Google Image, saya juga suka mecari gambar atau foto percuma di laman web Compfight. Compfight ialah laman carian untuk gambar yang diupload ke Flickr.
Apa yang boleh saya komen ialah,melalui Compfight anda boleh cari semua gambar atau foto yang sangat menarik digunakan untuk blog anda!
Jika tidak mahu upload sendiri ke server blog anda, Compfight memberikan anda html code untuk sesuatu gambar. Jadi gambar akan secara automatiknya diload dari Flickr & boleh jimatkan bandwith hosting anda.
Akhir kata, kalau nak dapatkan gambar atau foto percuma untuk blog anda, boleh cuba teknik di atas.
Facebook Comments