Tahukah anda, ada cara mudah untuk tingkatkan trafik ke blog anda! Teknik yang sangat mudah malah sekaligus akan dapat menurunkan Alexa rank blog anda. Teknik meningkatkan trafik blog ini boleh dipraktikkan oleh sesiapa sahaja. Malah jika semakin ramai yang mengikuti cara ini, semakin banyak trafik akan anda dapat.
Pertukaran Trafik
Pertukaran trafik sudah lama ada di dunia internet dan dimanipulasikan oleh pengguna untuk pelbagai tujuan. Jelas tujuan paling utama ialah untuk mendapatkan trafik. Sehubungan itu, teknik yang akan ditunjukkan nanti ialah menggunakan sistem pertukaran trafik.
Tingkatkan Trafik Melalui AsiaCube!
AsiaCube ialah laman web yang diusahakan oleh anak Malaysia. Modul pertukaran trafik ialah salah satu daripada modul yang ada pada laman AsiaCube. Melalui sistem pertukaran trafik yang wujud , pengguna akan dapat meningkatkan trafik dengan cara paling mudah & ringkas. Hanya perlu set dan tingalkan!
Berikut ialah ciri-ciri sistem pertukaran trafik AsiaCube:
- Autosurf: Pengguna boleh melakukan kerja lain di browser, hanya perlu buka dan biarkan sistem melawati laman-laman web lain untuk pertukaran
- Targeted Option: Boleh tetapkan untuk menerima lawatan trafik daripada pengguna berdasarkan negara dan jantina. Fungsi ini untuk pengguna VIP AsiaCube.
- Selamat: Sistem analytic seperti Google Analytics tidak akan menunjukkan asal-usul trafik anda. AsiaCube mengguna sistem Nyah-Referrer terbina untuk menghilangkan asal-usul trafik.
- 30 Saat: Buat masa kini, setiap lawatan ialah selama 30 saat. Tempoh setengah minit ini akan mengurangkan kadar ‘Bounce Rate’ blog anda.
Langkah-langkah penggunaan:
- Terlebih dahulu daftarkan akaun anda di AsiaCube atau jika anda telah mempunyai akaun, hanya perlu login.
- Apabila berada di dashboard akaun AsiaCube anda, terus kelik link “Trafik Exchange” di menu sebelah kiri.
- Satu tab browser baru akan dibuka, dan biarkan sahaja sehingga anda mendapat “Coins”.
- Anda mesti ada coins sekurang-kurangnya 2 coins untuk pertukaran.
Langkah-langkah menambah halaman blog anda dalam sistem AsiaCube:
- Pergi ke ‘Account Manager”, kemudian “Add Page”
- Pilih Traffik Exchange, dan letakkan link blog anda & letakkan apa-apa tajuk.
- Optional VIP: Tetapkan menerima trafik berdasarkan jantina dan negara.
- Add Page.
Melalui pertukaran trafik di AsiaCube ini, anda akan dapat melihat trafik anda bertambah. Oleh kerana sistem pertukaran traffik ini ialah ‘Autosurf’, tiada yang betul-betul akan baca blog anda. Namun begitu anda boleh memanipulasikan psikologi pelawat sebenar di blog anda. Sebagai contohnya, letakkan widget trafik atau widget yang menunjukkan pelawat online di blog anda. Pasti pelawat sebenar merasakan blog anda popular dan akhirnya kembali untuk membaca lagi!
Selamat mencuba teknik mudah tingkatkan trafik blog ini!
Noridah says
blog ni pun guna juga ke cara yang diceritakan
Yuzz says
Patutlah ada blog yang menunjukkan online visitor ramai, rupa-rupanya ada cara macam ni..
Khirol Hazwan says
Cara ‘tipu’ sikit..hehe
Forsaken Arctron says
Owh this is not the best way to improved traffic blog, but i do it’s the only way i’ve
Forsaken Arctron recently posted…(Disaster) Puting Beliung Berlaku Di Pontian Johor