Tarikh perayaan semakin dekat, pastinya salah satu persiapan yang penting ialah tukar duit raya di bank untuk dijadikan sebagai “AngPou” untuk pengunjung raya.
Biasanya tarikh tukar duit raya akan diumumkan awal oleh pihak bank melalui notis atau laman sosial, tapi tetap ramai orang suka tukar last minute. Kebanyakan bank akan hanya menerima urus niaga tukar duit raya pada waktu urus niaga 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi sahaja, jadi pastikan anda sampai bank pada masa yang ditetapkan.
Di bawah tips yang boleh dijadikan panduan sebelum menukar duit raya:
1) Pertukaran hanya di kaunter
Sebarang urusniaga hanya dilalakukan di kaunter khas yang disediakan oleh pihak bank, pada masa yang telahpun ditetapakn. Jelas sekali sebarang cubaan untuk booking awal kaunter melalui SMS, WeChat, WhatApps tidak akan dilayan.
2) Jangan tukar duit raya pakai air liur
Tempahan pakai air liur juga tidak akan dilayan. Anda perlu ada duit dalam simpanan untuk tukar ke duit raya.
3) Tiada penghantaran duit raya ke rumah
Duit raya tak ada servis COD, anda perlu datang sendiri ke Bank untuk tukar duit.
4) Kawan atau sedara setahun sekali
Tiada istilah kawan atau sedara. Tiada laluan VIP untuk sesiapa pun, jadi anda perlu datang bank, dan ambil giliran untuk beratur tukar duit raya seperti semua orang
5) Tiada pemintaan istimewa
Tiada permintaan yang mengada-ngada seperti mahu kepingan duit baru dan sebagainya. Anyway, duit raya masuk sampul juga.
6) Tiada sampul raya lebih
Pihak bank biasanya akan berikan sampul raya, tapi perlu diingat, sampul tersebut tanda penghargaan kepada pelanggan bank. Jadi jangan nak mengada-ngada untuk minta sambul raya lebih semassa tukar duit raya.
Auni says
Taknak tukar duit raya, cuma nak mintak duit raya agak-agak lepas x?
Khirol Hazwan says
🙂
Khirol Hazwan recently posted…Design Baju Raya 2018 – Trend & Fesyen Terkini
fshh says
Dah boleh tukar ke duit raya kt bank?
Khirol Hazwan says
Kena pergi rujuk branch bank itu sendiri
Khirol Hazwan recently posted…Pakej Fotografi Perkahwinan Servis Terbaik