Ubat gastrik farmasi terdapat pelbagai pilihan yang anda boleh cuba, terutama sekali untuk yang kerap mempunyai masalah perut gastrik
Gastrik atau Gastritis ialah masalah dimana berlaku keradangan pada permukaan dinding perut. Secara semulajadi perut mempunyai lapisan mukus yang melindungi lapisan perut daripada bahan kimia berasid semasa proses penghadaman makanan. Jadi pesakit gastrik kehilangan lapisan mukus tersebut disebabkan oleh bahan asing, lalu keradangan berlaku pada lapisan dinding perut.
Secara ringkasnya gastrik ada tiga kategori:
1. Gastrik Ringan
Inflamasi atau pembengkakan di lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
2. Gastritis Berat
Berlaku kecederaan yang berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
3. Ulser Gastrik/Peptic Ulcer/Ulser Perut
Gastrik paling kronik kerana berlaku luka terbuka di perut, malah darah boleh dikesan dalam muntah atau najis.

3 Ubat Gastrik Farmasi Moden
Anda boleh pergi ke farmasi berdekatan untuk dapatkan ubat berikut. Sebenarnya banyak ubat gastrik farmasi dijual dengan pelbagai khasiat tambahan. Boleh dapatkan nasihat doktor juga jika sakit gastrik anda berterusan.
1. Antasid
Antasid ialah bahan perubatan untuk meneutralkan asid perut dan berkesan untuk merawat gastrik. Antasid boleh didapatai dalam bentuk tablet dan perlu dikunyah sebelum makan.

2. Antagonis H2
Fungsi Antagonis H2 ialah untuk mengurangkan rembesan asid perut yang menyebabkan gastrik.
3. Proton Pump Inhibitor (PPI)
Sama seperti antagonis H2, fungsi utama PPI ialh untuk mengurangkan rembesan asid perut dengan lebih berkesan. Kebiasaannya ubat ini untuk pesakit gastrik teruk ataupun ulser perut.

Facebook Comments