Ubat sakit perut cirit birit ada banyak jenis yang boleh dicuba. Jenis ubat sakit perut yang mujarab boleh beli di kedai ataupun jika farmasi / kedai ubat tiada berdekatan bolehlah gunakan barang sedia ada di dapur rumah untuk dijadikan ubat sakit perut cirit birit.
Tambahan pula pada bulan Syawal ini, pelbagai juadah dihidangkan sepanjang hari setiap rumah yang diziarahi, peluang untuk sakit perut itu berganda-ganda.
Sediakan Ubat Sakit Perut Herba Cina
Kalau berkesempatan bolehlah sediakan ubat herba cina jenama Pil Chi Kit Teck Aun. Ada ramai yang berikan feedback positif dan mudah didapati di kedai.
Ubat Sakit Perut Dari Dapur
Ada pelbagai barang di dapur rumah yang boleh digunakan untuk melegakan sakit perut. Antaranya ialah Halia. Cara penyediaan halia sangat mudah iaitu sama ada disediakan bersama minuman lain seperti dijadikan Teh Halia ataupun disediakan air halia kosong. Halia bolehlah dihiris ataupun di “blend” hancur untuk mendapatkan khasiatnya. Sebaiknya guna halia yang original bukannya halia yang telah diproses dalam bentuk serbuk.
Selain itu, bahan lain yang boleh digunakan ialah Jintan Hitam. Ada beberapa cara untuk anda makan jintan hitam sebagai ubat sakit perut anda. Anda boleh cara berikut untuk mendapatkan khasiat jintan hitam:
- Telan jintan hitam
- Hancurkan jintan hitam dan diampur dengan minuman teh
- Kunyah jintan hitam itu terus
Selain daripada ubat dia atas antara petua lain yang patut diamalkan ialah banyakkan minum air terutamnaya jika sakit perut yang cirit birit. Badan anda akan kehilangan banyak air dan minum banyak air sebagai peganti air yang telah dibuang untuk memastikan badan terus terhidrasi.
Facebook Comments