Categories: Nota eBay

Bagaimana Strategi Harga Jualan eBay Anda?

Bertemu kembali,dikala menulis ini Kha masih lagi dalam kesibukan kuliah.Baru sahaja balik daripada kelas Engineering Skill,memang letih gila lah & mlm pula bakal ada kelas.. =( .

Baiklah berbalik kepada tajuk entri kali iaitu berkenaan dengan strategi harga item jualan di eBay.Baiklah,secara asasnya dan umumnya,penjual ebay sering menggunakan tiga kombinasi berbeza untuk menentukan harga barang jualan(jualan format auction). Apa yang Kha maksudkan sini ialah, manipulasi harga barang itu sendiri dengan harga kos penghantaran.

Tiga kombinasi yang saya maksudkan ialah seperti berikut

+ Menaikkan harga barang,manakala harga kos penghantaran ialah percuma

Strategi ini sebenarnya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri keapada pembeli.Apabila penjual menawarkan penghantaran percuma,perkataan Free Shipping akan tertera pada item jualan anda.Jadi item jalan anda akan nampak ada kelainan.Jadi kebarangkalian untuk pembeli melihat item jualan anda adalah lebih tinggi.

+ Menurunkan harga barang lebih murah daripada kos penghantaran.

Strategi ini juga merupakan antara pilihan penjual.Kadang-kadang teknik ini umpama tipu muslihat sedikit kepada pembeli.Hal ini kerana,apabila pembeli melihat harga barang sangat murah,mereka akan mudah tertarik untuk membeli barang tersebut.Kadang-kadang mereka terlupa untuk melihat kos penghantaran dan terus membida.Strategi ini menguntungkan dari segi itu,tetapi apabila pembeli meminta untuk membuat combine shipping,kerugian juga boleh berlaku.Jadi,pandai-pandailah membuat pilihan.

+ Harga barang dan penghantaran yang seimbang.

Teknik ini pun sesuai bagi penjual yang mahu mengambil profit daripada kos penghantaran tetapi tidak mahu rugi apabila pembeli meminta combine shipping.Jadi profit dapat dioptimakan sepenenuhnya.

Jadi tuntasnya,apakah strategi jualan anda?

Pendapat Kha,baik cuba buat semua cara di atas untuk semua barang jualan anda..dan lihat sendiri manakah yang terbaik untuk niche jualan anda..

Sekian..

Khirol Hazwan

Khirol Hazwan bin Affendi ialah pengasas dan penulis di ohduit.com.

Leave a Comment

View Comments

  • harga rendah, shipping naikkan.. huhu.. kalau nak combined boleh je.. tapi shipping cost tetap bayar la..

    • kalau harga direndahkan & shipping mahal,memang tak boleh ambil combine shipping(combine shipping maknanya,buyer beli banyak-banyak item dari seller,tetapi bayar shipping cost sekali untuk semua barang2 itu.)

  • Ikut teknik yang digunapakai oleh Lazada. Memang profit selalu. Tapi di ebay aku tak pernah try jual lagi di platform tu. Akan cuba korek ilmu tu kat sini. Tq

Share
Published by
Khirol Hazwan

Recent Posts

Invest Ergo ERG in 2024?

The worthiness of an investment in ERG or any other cryptocurrency is subject to various…

5 months ago

T-Rex Miner Unlock GPU LHR 70% Hashrate

Kemaskini terbaru T-Rex Miner versi 0.22.0 kini menawarkan mod unlock kad versi LHR. Dengan kemaskini…

3 years ago

Conflux CFX Naik Lebih 140% Dalam Sehari

Conflux (CFX) ialah Defi ekosistem kedepan yang melangkaui sempadan, dengan kebolehan kolaberasi pelbagai rangkaian "blockchain"…

3 years ago

Hasil Pelaburan Kriptowang

Kriptowang ni ada beberapa perkara yang orang fikir, boleh untung ke, atau tidak. Seperti mana…

3 years ago

Cara Mining Kriptowang Ergo (ERG) di PC Gaming

Ergo (ERG) ialah salah satu projek Proof OF Work (POW) yang berpotensi untuk menggantikan Ethereum…

3 years ago

Jargon Kriptowang Yang Perlu Anda Tahu

Mula menceburi pelaburan kriptowang, antara perkara terawal anda perlu belajar ialah Jargon ataupun Istilah yang…

3 years ago

This website uses cookies.