Lifestyle

Buah Kristal Sarawak Setanding Laici

Buah Kristal uniknya perlu diketuk untuk memakan isinya. Jangan berasa pelik jika orang mengetuk buah ini di meja semasa memakannya kerana kulit buah Kristal yang keras. Walaupun keras kulitnya, namun bentuk isinya seperti buah longan, laici atau mata kucing. Namun saiz isinya lebih besar, dan manis. Memang layak dan padan dengan nama kristal!

Isi buah Kristal yang sedap dan manis

Penanaman Buah Kristal

Buah Kristal mudah untuk ditanam dan dapat dituai hasilnya dalam 2-3 tahun.  Penjagaan penanaman pokok buah kristal juga sangat mudah dan  apa yang penting pembajaan yang baik.

Penanaman pokok buah Kristal hanya melalui bijinya. Jadi jika anda berminat untuk menanam sendiri buah kristal, semai bijinya selepas anda makan isinya. Ada dua jenis buah kristal, yang berwarna iaitu mempunyai kulit berwarna ungu dengan isi yang lebih tebal dan satu lagi berwarna hijau dengan isi yang lebih manis.

Harga Buah Kristal

Buah kristal boleh didapati dengan harga sekitar RM12 sekilogram. Kebiasannya penulis akan habiskan sorang sahaja  sekilo, jadi digalakan beli lebih sebab sekali rasa pasti nak lagi.

Teknik Makan Buah Kristal

Cara paling mudah ialah melagakan buah kristal dengan mana-mana benda yang keras seperti meja. Namun begitu, anda boleh juga teknik mengenggam 2 biji buah kristal ke dalam tapak tangan dan lagakan kedua-dua biji buah tersebut. Salah satu pasti kulitya akan retak dan anda dapat makan isinya.

 

 

Khirol Hazwan

Khirol Hazwan bin Affendi ialah pengasas dan penulis di ohduit.com.

Leave a Comment

View Comments

  • Uniknya buah kristal ni. Baru pertama kali dengar tentang buah ni. Buah ni cuma ada dijual di Sarawak sahaja ke?

Share
Published by
Khirol Hazwan

Recent Posts

Invest Ergo ERG in 2024?

The worthiness of an investment in ERG or any other cryptocurrency is subject to various…

5 months ago

T-Rex Miner Unlock GPU LHR 70% Hashrate

Kemaskini terbaru T-Rex Miner versi 0.22.0 kini menawarkan mod unlock kad versi LHR. Dengan kemaskini…

3 years ago

Conflux CFX Naik Lebih 140% Dalam Sehari

Conflux (CFX) ialah Defi ekosistem kedepan yang melangkaui sempadan, dengan kebolehan kolaberasi pelbagai rangkaian "blockchain"…

3 years ago

Hasil Pelaburan Kriptowang

Kriptowang ni ada beberapa perkara yang orang fikir, boleh untung ke, atau tidak. Seperti mana…

3 years ago

Cara Mining Kriptowang Ergo (ERG) di PC Gaming

Ergo (ERG) ialah salah satu projek Proof OF Work (POW) yang berpotensi untuk menggantikan Ethereum…

3 years ago

Jargon Kriptowang Yang Perlu Anda Tahu

Mula menceburi pelaburan kriptowang, antara perkara terawal anda perlu belajar ialah Jargon ataupun Istilah yang…

3 years ago

This website uses cookies.