Masakini, semakin ramai yang sedar akan kepentingan SEO dalam arena pemasaran internet. Ramai mula belajar SEO dan ramai juga mula mencari servis SEO untuk dilanggani. Namun begitu servis SEO Malaysia, masih terlalu muda dan belum lagi ramai yang menawarkannya.
Servis SEO Malaysia – Mana satu yang terbaik?
Senario di Malaysia,penjual servis SEO Malaysia masih lagi outsource pakar SEO dari luar Negara. Sebabnya, permainan SEO ini sentiasa sering berubah dengan kemaskini oleh Google seperti Panda, Penguin & HummingBird. Tiada yang betul-betul hati kering dalam mencuba teknik baru sekaligus menawarkan jaminan servis SEO akan berjaya mencapai rangking sasaran.
Jadi pada pandangan saya, servis SEO Malaysia masih belum ada yang betul-betul terbaik. Hampir kesemuanya masih outsource servis luar dan kadang-kadang tidak up todate dengan keperluan algorithm terbaru Google. Malah ada yang menawarkan servis SEO dengan dengan janji & bukti kosong seperti dengan kejayaan ranking keyword yang low competitive.
Servis SEO Malaysia yang pernah saya langgan pada pengalaman saya ialah seperti servis bookmarks serta blast comment. Pada waktu itu, ilmu dan pengetahuan tentang SEO saya masih lagi sifar. Bila dilihat balik pada masa kini, servis-servis seperti itu ternyata menaikkan bendera merah kepada Google. Servis SEO Malaysia seperti itu ternyata spam dan bakal menjadikan blog atau page anda mendapat manual penalty dari Google.
Nasihat saya, servis SEO Malaysia yang boleh anda cuba ialah pembinaan backlink melalui guest blogging atau melalui contextual backlink pada niche yang bersesuaian. Walaupun ada yang mengatakan kaedah membina backlink melalui guest blogging kini sudah tidak releven, namun itu sahajalah cara terbaik membina autority blog serta yang boleh menjamin blog bertahan untuk masa panjang.
Servis SEO Malaysia atau buat sendiri SEO Blog ?
Anda tidak perlukan servis SEO Malaysia jika anda sendiri tahu asas SEO. Belajar ilmu SEO dan untuk jangka panjang, membina backlink secara manual adalah jalan terbaik. Anda mungkin perlukan servis SEO Malaysia untuk baclink di lapisan kedua anda. Pada lapisan backlink pertama ke money page buatlah secara manual. Gunakan palantar web 2.0 untuk membina backlink ke money page anda. Jika anda pemain tegar SEO, gunakan rangkaian blog network anda sendiri sebagai alternatif untuk web 2.0. Mungkin semua ini perlukan masa panjang, namun lebih berbaloi berbanding anda melanggan servis SEO Malaysia.
Menawarkan Servis SEO Malaysia
Pernah terlintas di hati untuk menawarkan servis SEO Malaysia. Seperti yang saya sendiri katakan di atas tadi, servis SEO Malaysia tersebut akan menggunakan gabungan kemahiran sendiri dan tetap akan outsource servis dari luar negara. Tapi persoalan yang akan muncul ialah, jika boleh tawarkan servis SEO kenapa tak ranking web page sendiri?
Anyway, Malaysia semakin maju kedepan dan tak mustahil akan muncul kompeni yang betul-betul kimited untuk menawarkan servis SEO Malaysia menggunakan kepakaran tempatan 100%. Cabaran utama untuk mencapai itu ialah ilmu & modal duit. Sebelum mengakhiri penulisan ini, jika anda tahu ada servis SEO Malaysia yang bagus sila tinggalkan komen anda ya
Hanafi Abdullah says
saya tiada pengetahuan sangat dalam bab ini..
Khirol Hazwan says
Saya pun masih belajar 🙂
mata camey says
berapa anggaran kos servis ni..?