Pinterest ialah laman web yang semakin mencipta nama dalam dunia internet. Pinterest ialah merupakan satu papan kenyataan virtual di laman sesawang dimana pengguna boleh ‘pin’ kan apa-apa sahaja di papan kenyaan virtual itu. Para pengguna Pinterest boleh dapatkan pengikut seperti Twitter, menyusun Pin kegemaran mereka mengikut kategori yang dicipta atau ‘Repin’ post pengguna lain. Dengan populariti yang semakin naik, Pinterest kini boleh berubah menjadi medium mencari duit di internet!
Pendaftaran Pinterest agak unik kerana anda perlu mendapat ‘invitation’ untuk sertai. Pengguna yang telah mempunyai akaun Pinterest boleh menjemput yang lain untuk menyertai atau pengguna baru boleh request invitation di laman utama Pinterest. Selsai pendaftaran anda boleh terus menggunakan Pinterest .
Kunci utama mendapat duit dari Pinterest ialah pengikut anda. Semakin ramai pengikut dan repin terhadap post anda semakin cerahlah peluang untuk menjana duit. Duit itu boleh datang daripada link affiliate yang anda letak pada pinterest atau produk anda sendiri. Untuk makluman, jika pengguna klik pada gambar di pinterest anda akan dibawa ke link url asal gambar tersebut!
Bayangkan anda mempunyai berpuluh ribu pengikut di Pinterest. Anda meletakkan link affiliate pada pin anda. Jika pengguna membeli dari link afiiliate anda, pasti duit yang anda akan dapat. Dalam pada itu pinterest boleh menjadi sumber traffik kepada laman web atau blog yang anda promosikan melalui Pinterest!
Seperkara yang menarik ialah, pengguna Pinterest melihat pin-pin berdasarkan minat yang mereka pilih. Minat ini diterjemahkan dalam bentuk kategori dalam Pinterest. Apa yang saya nampak di sini ialah targeted traffic atau pengguna. Peminat bag pasti akan memilih kategori bag. Jika anda prmosikan/ pin kan perkara berkaitan bag pasti ada yang nak tengok pin anda. Mereka ini akan lenbih cenderung kelik pin anda atau repin atau follow anda disebabkan minat yang sama. Pada masa yang sama anda mendapat sumber traffic yang berkualiti dan ini boleh ditukar menjadi lubuk duit!
Banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk mendapat duit dari Pinterest. Gunakan kreativiti anda sendiri bagaimana untuk memanipulasikan laman tersebut untuk cari duit. Apa yang pasti Pinterest boleh menjanjikan traffic untuk anda! Sekian , salam bisnes 🙂
melanau88 says
boleh juga di katakan lubuk para spammer sekarang..haha
Fellis says
saya tak faham.how ni?boleh bagi pencerahan tak?
Khirol Hazwan says
Kalau ramai followe kat Social Media, apa-apa pun boleh jadi 😀
muliani says
maksudnyaa hanya bg idea?
nasslimdiet2 says
Tak pernah guna Pinterest. Google + pun baru guna. Hihihi
nasslimdiet2 recently posted…Kebaikan GC Tea